Skip to content


#JenayahkanMenghendap #MakeStalkingACrime

MEMORANDUM OLEH 51 NGO KEPADA:
MENTERI & TIMB. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN & UNDANG-UNDANG)

Y.B. DATO SRI DR WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Y.B. DATUK WIRA MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN

21 OKTOBER 2021

Dia mengekori saya setiap hari, ketika saya pergi dan pulang dari kerja – dia menunggu di luar rumah saya berjam-jam. Dia pernah menghantar lebih 20 pesanan teks kepada saya setiap hari. Dia membuat lebih 10 akaun sosial media untuk menghubungi saya. Dia menghubungi rakan kerja dan ahli keluarga saya. Saya berasa amat takut, dan pernah terfikir untuk membunuh diri.”

Ini adalah pengalaman Mawar – seorang mangsa menghendap (stalking) di Malaysia.

Di Malaysia, menghendap MASIH BELUM satu kesalahan jenayah. Tiada ada peruntukan undang-undang bagi mangsa menghendap mendapatkan perintah perlindungan.

Oleh itu, pihak polis tidak dapat melindungi Mawar, atau menghalang pihak yang bertanggungjawab daripada menghendap Mawar.

Ini perlu diubah.

Kami menyeru Kabinet Malaysia, Parlimen Malaysia dan Menteri Undang-Undang untuk menjenayahkan menghendap di Malaysia dengan segera.

Satu kajian 2020 oleh Women’s Aid Organisation (WAO) dan Vase.ai menunjukkan lebih satu pertiga rakyat Malaysia pernah dihendap sampai rasa ketakutan. Kes menghendap masih berlaku sewaktu perintah kawalan pergerakan COVID-19 berkuatkuasa.

Banyak negara lain telahpun menjenayahkan menghendap, contohnya: Filipina, Jepun, Australia, Afghanistan, India, Singapura, Mongolia, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Jerman, Republik Czech, UK dan Korea Selatan.

Kini sudah wujud sokongan menyeluruh untuk menjenayahkan menghendap di Malaysia. Ini termasuk pelbagai parti politik, agensi-agensi kerajaan, NGO, ahli akademik, dan orang awam.

Sejak awal 2020, draf pindaan undang-undang (pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah) telahpun disediakan oleh Jawatankuasa Anti-Stalking, yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan lain dan NGO.

Kami menyeru Y.B. bertindak segera, dan pastikan usaha ini tidak tertangguh lagi.

Selagi kita tidak menjenayahkan menghendap, mangsa seperti Mawar – dan ribuan lagi rakyat Malaysia yang dihendap setiap tahun – kekal tanpa perlindungan.

###

#MakeStalkingACrime #JenayahkanMenghendap

 

MEMORANDUM BY 51 NGOS TO: 

THE MINISTER & DEP. MINISTER IN THE PRIME MINISTER’S DEPARTMENT (PARLIAMENT & LAW)

 

Y.B. DATO SRI DR WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR

Y.B. DATUK WIRA MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN

 

21 OCTOBER 2021

 

He followed me everyday, to and from work – waiting outside my house for hours. He sent me more than 20 text messages a day. He created more than 10 social media accounts to try to reach me. He contacted my colleagues and family members. I felt afraid and lost, and thought about suicide.”

This is Mawar’s experience of being stalked.

In Malaysia, stalking is NOT yet a crime. And there is no legal provision for stalking survivors to get restraining orders.

Because of this, the police could not protect Mawar, or hold the stalker accountable. 

We must change this.

We call on the Cabinet of Malaysia, Malaysian Parliament, and Law Minister to make stalking a crime in Malaysia.

A study by Women’s Aid Organisation and Vase.ai found that over a third of Malaysians have experienced stalking which caused them fear. Stalking cases still occurred throughout the COVID-19 movement control order periods.

Many countries have specific legal provisions on stalking, for example: Philippines, Japan, Australia, Afghanistan, India, Singapore, Mongolia, USA, Canada, New Zealand, South Africa, Germany, Czech Republic, the UK, and South Korea.

There is comprehensive support to make stalking a crime in Malaysia, including support from various political parties, government agencies, NGOs, academics, and the public. Adult Search – adult work jobs – erojobs.biz.

Draft legal language (amending the Penal Code and Criminal Procedure Code) has already been prepared in early 2020 by the Anti-Stalking Committee, led by the Legal Affairs Division (BHEUU) and consisting of other government agencies and NGOs.

We urge you to act swiftly, so this effort is not delayed further.

Until we make stalking a crime, survivors like Mawar – and the thousands of Malaysians who experience stalking each year – remain unprotected.

###

 

Disokong oleh / endorsed by:

​​

  1. Women’s Aid Organisation (WAO)
  2. Aliran
  3. All Women’s Action Society (AWAM)
  4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) / Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM
  5. Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional
  6. Association of Women Lawyers (AWL)
  7. Borneo Komrad
  8. Cahaya Society
  9. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  10. EMPOWER Malaysia
  11. ENGENDER Consultancy
  12. FAME
  13. Family Frontiers
  14. Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia (GBSM)
  15. Girl2Leader Malaysia
  16. Justice for Sisters
  17. Klima Action Malaysia – KAMY
  18. KRYSS Network
  19. Liga Rakyat Demokratik
  20. Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Kedah (WANIDA)
  21. Moonlit Ocean Waves
  22. National Council of Women’s Organisations (NCWO)
  23. Parlimen Digital
  24. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
  25. Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS)
  26. Persatuan Kebajikan Bayt Al Rahmah
  27. Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan (ReHAK)
  28. Persatuan Pesara Kerajaan Sabah
  29. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM)
  30. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  31. Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP.MY)
  32. Pertubuhan Solidaritas
  33. PT Foundation
  34. Purplelily Social Association Kuching
  35. Reproductive Cadre on Sexuality Education & Queries (RCSEQ)
  36. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  37. Sabah Reform Initiative (SARI)
  38. Sabah Women Action-Resource Group (SAWO)
  39. Sarawak Women For Women Society (SWWS)
  40. Sisters in Islam (SIS)
  41. Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah (SERATA)
  42. Speak Up Malaysia
  43. SPOT Community Project
  44. Stateless children family support group 
  45. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  46. Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak (TKHAS)
  47. The 111 Initiative
  48. Treat Every Environment Special
  49. Wanita Keadilan
  50. Women’s Centre for Change
  51. X Ed Malaysia

 

 

Back To Top