Skip to content

Bantu pemandiri keganasan rumahtangga

Awal minggu ini, Mahkamah Seksyen telah memerintahkan Pavithra, seorang YouTuber untuk menyerahkan surat yang menyatakan dia tidak ingin meneruskan kes keganasan rumahtangga ke atas suaminya.

Penderaan yang telah dilakukan ke atas Pavithra oleh suaminya telah menerima banyak

perhatian daripada orang awam. Kami ingin mengutarakan beberapa pendapat berkenaan isu ini.

Pertama, tiada siapa yang wajar didera, atau perlu memilih antara keselamatan dan kerjaya mereka. Keganasan rumahtangga merupakan satu corak keganasan, penderaan, atau bentuk perlakuan yang bersifat menakut-nakutkan yang digunakan untuk mengawal atau mengekalkan kawalan ke atas pasangan yang berada dalam hubungan yang intim. Keganasan rumahtangga boleh melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi, ekonomi atau psikologi.

Kedua, pilihan pemandiri harus diutamakan. Apabila mereka ingin membuat keputusan sama ada untuk menarik semula laporan polis, pemandiri akan memikirkan banyak faktor lain seperti keselamatan diri, anak-anak, kewangan dan emosi. Ianya merupakan satu keputusan yang sukar akan tetapi pemandiri berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menilai risiko dan membuat keputusan mereka sendiri.

Ketiga, kita haruslah menghormati keputusan pemandiri dan memastikan wujudnya sistem sokongan yang mencukupi supaya pemandiri boleh membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri.

Akhirnya, kita haruslah memperuntukkan sumber yang mencukupi kepada perkhidmatan krisis – melalui bajet persekutuan. Saranan WAO melalui Bajet 2021 termasuklah:

  • Tambahan RM50 juta untuk membina rumah perlindungan krisis dan menambahbaik rumah perlindungan sedia ada bagi pemandiri keganasan berasaskan gender.
  • Tambahan RM5 juta untuk operasi dan penambahbaikan talian telefon 24 jam dan hotline sokongan krisis di laman web (yang dioperasikan oleh NGO dan kerajaan).
  • Mewujudkan dana tahunan yang berasingan sebanyak RM20 juta untuk memerangi keganasan berasaskan gender ketika krisis kesihatan dan krisis keselamatan yang bakal mendatang.
  • Mewujudkan dana antara agensi untuk melatih responder pertama – termasuklah polis, pegawai perubatan, dan pegawai kebajikan yang menguruskan kes keganasan berasaskan gender.

Akhir sekali, kepada sesiapa yang berhadapan dengan penderaan di luar sana, ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan. Jika anda atau sesiapa yang anda kenali sedang mengalami keganasan rumahtangga, anda boleh menghubungi:

    • Women’s Aid Organisation (WAO). Hubungi 03 7956 3488 atau WhatsApp TINA at 018 9888 058 (24 jam)
    • Women’s Centre for Change (WCC Penang). Hubungi 04 228 0342 / 04 398 8340 atau WhatsApp 011 3108 4001 / 016 439 0698 (Isnin hingga Jumaat: 9am – 5pm)

 

  • Talian Kasih Hotline 15999

 

  • Polis. Laporkan di balai polis atau hubungi 999

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan wanita telah menyediakan rumah perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di talian 03 7956 3488 atau SMS/Whatsapp TINA di talian 018 988 8058 jika anda atau kenalan anda sedang mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, lawati https://wao.org.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer

rusnitajari@wao.org.my / 60133802287

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top