Skip to content

Berhenti menjadikan pelarian, migran dan pembela mereka sebagai sasaran

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mengecam layanan yang tidak berperikemanusian terhadap golongan rentan migran dan pelarian serta penggunaan taktik intimidasi untuk mendiamkan pembela hak asasi manusia. Tuduhan terbaru yang dibuat terhadap aktivis Heidy Quah kerana membongkar keadaan buruk di pusat tahanan jelas merupakan satu bentuk pelanggaran hak asasi kebebasan bersuara. Dalam menghadapi wabak pandemik yang semakin meruncing, pihak berkuasa seharusnya fokus untuk menolong dan memberi bantuan kepada golongan rentan, organisasi dan individu-individu yang tanpa lelah menyediakan perkhidmatan.

Selama setahun yang lepas, terdapat banyak serbuan ke atas komuniti migran yang dilaporkan, sekaligus menyebabkan mereka terdedah dengan COVID dan membahayakan keselamatan mereka. Dalam serbuan yang dilaporkan pada Mei 2020, ratusan termasuk kanak-kanak telah ditangkap di zon merah Covid-19. Pada Februari tahun ini pula, kerajaan telah menghantar balik seramai 1,086 orang ke Myanmar yang dikawal oleh pihak tentera yang menentang perintah mahkamah untuk menghentikan pengusiran sementara. Ini jelas merupakan satu bentuk pelanggaran hak asasi manusia dan prinsip penolakan semula (non-refoulement), yang harus dipatuhi oleh semua negara – termasuk Malaysia, walaupun pada hakikatnya kita antara negara yang tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951.

Maklumat mengenai keadaan pusat-pusat tahanan menimbulkan banyak bahaya – termasuk risiko penularan COVID-19 yang meningkat, serta tekanan mental dan emosi. Disebalik ini, wanita dan kanak-kanak juga menghadapi risiko keganasan berasaskan gender dan seksual, kekurangan akses kepada kemudahan dan produk kebersihan yang mencukupi, dan air bersih – terutamanya bagi wanita hamil dan anak yang belum dilahirkan kerana keadaan yang tidak bersih ini akan berkekalan dan boleh membawa maut. Dalam keadaan ini, wanita dan kanak-kanak perempuan lebih terdedah kepada eksploitasi seksual dan pemerdagangan manusia. Sepertimana cadangan oleh Ahli Jawatankuasa CEDAW, mekanisme aduan siasatan yang efektif dan telus dan pendakwaan yang mencukupi terhadap pelaku, adalah mustahak untuk memastikan keadilan bagi mangsa keganasan berasaskan gender dalam tahanan.

Sehubungan dengan itu, tuduhan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah dinafikan akses untuk bertemu dengan pelarian dan pencari suaka, ditahan semasa pandemik dan dibiarkan tanpa akses kepada keadilan dan terdedah kepada jangkitan adalah amat membimbangkan. Selalunya, migran dan komuniti pelarian tidak dapat menyuarakan pencabulan hak yang dihadapi kerana takut ditangkap dan dihantar pulang. Ini antara sebab kenapa pembela hak asasi manusia dan organisasi-organisasi mesti diberikan ruang untuk bersuara tanpa sebarang ancamana dan bahaya.

Oleh itu, WAO menyokong Heidy – seorang aktivis yang berdepan dengan tuduhan dan siasatan yang sama. Kami juga sentiasa bersama dengan semua pelarian, migran, pencari suaka, dan pembela yang mengalami kesan yang etruk akibat pandemik COVID-19.

Kami menyeru agar  kerajaan untuk mengambil tindakan yang pantas dan proaktif laporan yang dibuat oleh aktivis dan organisasi-organisasi yang memberikan bantuan kepada komuniti ini. Pihak berkuasa harus menyedari dampak pandemik terhadap kehidupan, kesihatan, dan keselamatan pelarian, migran dan pencari suaka, dan mengambil langkah-langkah yang segera untuk menghadapi keadaan ini. Tidak ada sesiapa, terutamanya kumpulan yang berisiko, yang harus diabaikan dalam keadaan krisis kesihatan awam.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Isabel Chung, Research and Advocacy Officer
isabelchung@wao.org.my / 017-298 7862

Abinaya Mohan, Head of Campaign
abinaya@wao.org.my / 016-665 3237

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top