Skip to content

JAG mengalu-alukan pengumuman Rang Undang-Undang Gangguan Seksual yang akan dibetangkan dan mendesak kerajaan untuk meneruskan penglibatan bagi memastikan nasib mangsa terjamin

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) berhati-hati dalam mengalukan pengumuman oleh Kementerian Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. Beliau menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Gangguan Seksual akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini. Walaupun terdapat keperluan penting dalam perundangan gangguan seksual dan JAG meminta komitmen kerajaan untuk membentangkannya, namun, bagi tujuan ketulusan, kami berharap Kementerian dapat berkongsi ‘kemajuan’ yang telah dilakukan terhadap rang undang-undang tersebut dan menjalankan dialog bersama mangsa dan organisasi masyarakat sivil yang bekerja dengan mangsa secara terus untuk menangani sebarang masalah yang dialami.

Keperluan untuk Rang Undang-Undang Gangguan Seksual untuk lebih jelas semasa dan selepas pendamik

Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan bagi membendung penyebaran virus telah meningkatkan lagi kewujudan ketidakadilan gender.

Ketidakadilan berlaku dalam banyak cara, antaranya adalah peningkatan dalam keganasan gender secara fizikal dan dalam talian. Organisasi bukan kerajaan seperti All Women’s Action Society (AWAM), Women’s Aid Organisation (WAO) dan KRYSS Network telah menangani keganasan gender secara langsung. Pertanyaan yang diterima oleh WAO’s Hotline bertambah sebanyak 3.5 kali ganda selepas MCO, AWAM juga telah menerima peningkatan dalam pertanyaan berkenaan remaja perempuan yang memerlukan sokongan masalah mental, maklumat tentang perundangan dan hak-hak seksual. Sebanyak 23% panggilan yang diterima oleh talian bantuan AWAM adalah berkaitan dengan kes gangguan seksual, di mana 38% merupakan gangguan seksual atas talian. KRYSS Network terus menerima aduan berkaitan keganasan berdasarkan gender secara atas talian daripada mangsa yang menderita penyebaran gambar peribadi (doxxing) dan  penyebaran gambar intim tanpa persetujuan.

Gangguan seksual juga terjadi sebelum MCO, dapatan tinjauan oleh ENGENDER Consultany dan Sisterhood Alliance menunjukkan 544 responden di Malaysia telah iaitu sebanyak 60.23% telah mengalami gangguan seksual di tempat umum.

Pandemik telah menyebabkan aktiviti harian dan akses kepada ativiti penting bergantung kepada penggunaan teknologi, hal ini termasuk bidang professional, pendidikan, dan aktiviti sosial. Kajian yang telah dijalankan oleh UN women menunjukkan keganasan gender atas talian telah menyebabkan wanita sering mengehadkan aktiviti atas talian mereka. Kajian oleh Juana Jaafar dalam keganasan berdasarkan gender atas talian di Malaysia, “Voice, Visibility and a Variety of Viciousness” (EMPOWER, 2017) mengesahkan sekurang-kurangnya 50% wanita berhenti menggunakan media sosial atau memadam akaun mereka kerana keganasan dan gangguan yang mereka lalui. Hal ini bermaksud, gangguan seksual atas talian bukan sahaja memberi kesan emosi dan psikologi kepada wanita, ia juga menjadi penghalang kepada banyak aspek dalam kehidupan seharian mereka.

The World Economic Forum mengikhtiraf gangguan seksual sebagai faktor utama wanita berhenti kerja dan kesan keganasan gender atas talian mempunyai kesan yang sama. Sejak bermulannya pandemik, partisipasi wanita dalam eknomi menjadi lebih terbantut. Wanita yang mempunyai anak di rumah atau ahli keluarga yang tua dan sakit memerlukan tumpuan yang lebih. Wanita perlu menyimbangkan kerja peribadi dan tanggungjawab professional. Kerja peribadi yang dijalankan oleh wanita adalah tanpa bayaran (unpaid care). Situasi yang dilalui wanita sekarang dengan pertambahan kongkongan penglibatan dalam ekonomi dan kurangnya perhubungan serta kekurang an celik huruf digital (digital illiteracy), telah menyebabkan perlindungan dan mekanisma saluran tebus (redress) perlu lebih terjamin. Hal ini bagi memastikan wanita tidak terus melalui kehilangan dan kekurangan pendapatan disebabkan gangguan seksual.

Rang Undang-Undang Gangguan Seksual perlu dengan segera menangani masalah yang dibincangkan dan ketidaksamarataan lain yang dilalui oleh wanita yang terus meningkat semasa pandemik.

Rang undang-undang ini mesti inklusif, menyeluruh dan luas.

Oleh sebab sifat gangguan seksual yang berbagai dan kerana ia wujud di dunia fizikal dan maya, Rang Undang-Undang Gangguan Seksual mestilah mengandungi peruntukan yang melindungi dan memberikan tebus rugi kepada semua pemandiri gangguan seksual.

Pertama sekali, rang-rang undang ini perlulah inklusif dengan siapa yang dilindungi di bawah undang-undang ini. Sesiapa yang telah mengalami gangguan seksual tanpa kira konteks di mana ia berlaku, sama ada dalam bidang profesional, pendidikan, agama, awam ataupun peribadi, mestilah layak untuk mendapat perlindungan. Selain itu, rang undang-undang ini haruslah melindungi semua orang di malaysia secara sama rata tanpa mengira tempat atau status kewarganegaraan mereka.

Kedua, rang undang-undang ini mestilah menyeluruh dalam definisi gangguan seksual yang diberikan. Definisi gangguan seksual harus merangkumi kelakuan tidak diingini yang berjenis seksual yang mempuyai tujuan atau mampu mencabuli kehormatan individu yang diganggu atau mampu menjadikan sesuatu persekitaran itu menakutkan dan tidak selamat.

Bukan itu sahaja, Rang-rang undang ini mestilah merangkumi semua jenis perlakuan fizikal ,lisan atau tidak lisan dan visual sama ada ia berlaku di kehidupan sebenar atau di alam maya yang terdiri daripada pelbagai saluran dari mesej teks ke mesej whatsapp ke media sosial ke teknologi persidangan video.

Akhir sekali, rang undang-undang ini mestilah luas dari segi kewajipannya dan perlindungan yang diberikan kepada pemandiri. Contohnya, ini termasuk  memastikan semua organisasi memainkan peranan yang proaktif dalam mengimplementasikan dasar gangguan seksual dan memastikan semua perkerja, sukarelawan, ahli telah diberikan taklimat yang menyeluruh tentang dasar ini supaya undang-undang ini bukan sahaja untuk bertindak apabila terdapat kejadian gangguan seksual yang sudah berlaku, tetapi untuk menjadi proaktif untuk dalam langkah pencegahan supaya ia tidak berlaku.

Ini termasuk penubuhan Tribunal Gangguan Seksual yang membolehkan pemandiri membawa aduan mereka ke tribunal dengan cara yang kurang mahal, secara cepat dan kurang membebankan. Ramai pemandiri gangguan seksual memilih untuk tidak membuat laporan polis terhadap pelaku mereka dan mahukan gangguan itu untuk berhenti atau mahu kembali kepada kedudukan mereka sebelum gangguan itu berlaku. Tribunal ini mesti mempunyai kebolehan untuk memberikan pelbagai jenis remedi kerana ianya mewujudkan alternatif yang lebih mudah untuk diakses bagi membuat laporan polis atau pergi ke mahkamah sivil. Oleh itu, pemandiri boleh mendapat pertolongan yang diperlukan.

Perjalanan Rang Undang-undang Gangguan Seksual adalah sangat panjang dan berliku, dan keputusan terakhir mesti memastikan mangsa didahulukan

Gangguan seksual merupakan isu serius yang dihadapi wanita di Malaysia samada atas talian atau luar talian. Enakmen  Rang Undang-undang Gangguan Seksual  yang inklusif, menyeluruh dan luas, secara rasmi akan mengakui kemudaratan dan kesan negatif gangguan seksual ke atas wanita dari segi ekonomi, orang awam, dan pembabitan politik termasuk kehidupan peribadi mereka.

JAG dan kumpulan wanita yang lain telah mengetuai perjuangan Akta Gangguan Seksual semenjak 2011, hampir 2 dekad dengan pelbagai kerajaan. Kami optimistik tentang komitmen yang ditunjukkan kerajaan semenjak tahun lepas, bukan sahaja dalam pembentangan rang undang-undang, juga perhubungan kerajaan dengan masyarakat sivil  sepanjang proses tersebut.

Kami berharap kerajaan dan Kementerian Wanita yang berkenaan akan terus bekerjasama dengan kumpulan pejuang hak wanita untuk memastikan Rang Undang-undang yang dibentangkan di Parlimen adalah bersesuaian dan berdasarkan realiti kehidupan wanita di Malaysia. Kami juga berharap Rang Undang-undang tersebut dapat membantu mangsa gangguan seksual dalam cara yang terbaik.

Diakui oleh ahli organisasi JAG:

  1. All Women’s Action Society (AWAM)
  2. Association of Women Lawyers (AWL)
  3. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  4. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
  5. Justice for Sisters
  6. KRYSS Network
  7. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  8. Perak Women for Women (PWW)
  9. Sisters in Islam (SIS)
  10. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
  11. Sarawak Women for Women Society (SWWS)
  12. Tenaganita
  13. Women’s Aid Organisation (WAO)

 

Tentang Joint Action Group for gender Equality (JAG)

The Joint Action Group for gender Equality (JAG) merupakan gabungan 14 buah organisas-organisasi hak wanita di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Sejak 1985, kami berjuang untuk kesemarataan gender dan keadilan sosial di Malaysia mengikut rangka kerja feminis. Kami menggunakan kuasa kami untuk mempelbagaikan kepakaran dan menguatkan suara wanita bagi meningkatkan kesedaran umum dan mendokong perubahan undang-undang. Kami memegang piawaian berdasarkan hak asasi antarabangsa dalam mempromosi keadilan, kesamarataan, dan tanpa diskirminasi.

 

For more information, please contact:

Natasha Dandavati, Head of Campaigns

natasha@wao.org.my

 

Yap Lay Sheng, Senior Research and Advocacy Officer

laysheng@wao.org.my / 60182747042

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top