Skip to content

Kerajaan Baru Wajib Mengutamakan Wanita, Kanak-Kanak dan Komuniti Rentan

Peletakan jawatan Perdana Menteri dan pembubaran Kabinet telah meletakkan Malaysia dalam keadaan yang tidak menentu. Gerak kerja untuk memperbaiki landskap hak asasi manusia dan bantuan kepada golongan rentan telah terhenti akibat daripada kekacauan politik dan telah menghambat kemajuan yang dilakukan setelah beberapa dekad. 

Di tengah-tengah ketidaktentuan politik, peningkatan kes Covid-19, dan ekonomi yang perlahan, Joint Action Group for Gender Equality (JAG) mendesak agar kerajaan baru untuk mengutamakan dan menegakkan hak wanita, kanak-kanak dan komuniti rentan di Malaysia, yang mana kebanyakan mereka antara yang paling berisiko mengalami keganasan seksual dan diskriminasi berasaskan gender. 

Kami membuat tuntutan berikut kepada badan Legislatif dan Kabinet yang akan datang untuk memastikan agensi yang terlibat mengutamakan wanita, kanak-kanak, dan komuniti rentan:

  1. Lantik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang efektif, berkeupayaan, sensitif-gender, serta memiliki kefahaman yang kukuh mengenai kesaksamaan gender dan non-diskriminasi dan mempunyai kemampuan untuk menyokong dasar dan undang-undang yang diperlukan. 
  2. Laksanakan segera reformasi undang-undang, perlembagaan dan dasar untuk menegakkan hak asasi manusia dengan berkesan;
    • Bentangkan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual yang komprehensif seperti yang telah di draf oleh Pasukan Projek Khas;
    • Pinda Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah untuk menjadikan menghendap (Stalking) sebagai satu jenayah;
    • Gubal Akta Kesaksamaan Gender seperti yang di draf oleh JAG, yang mentakrifkan dan melarang segala bentuk diskriminasi terhadap wanita di ruang awam dan ruang peribadi dan memastikan kesaksamaan wanita secara de facto;
    • Pinda Akta Pekerjaan 1955 untuk mencegah diskriminasi berasaskan gender, bangsa, agama, kehamilan dan status perkahwinan;
    • Pinda Artikel 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan kecacatan sebagai alasan untuk tidak melakukan diskriminasi;
    • Pinda Artikel 15(2) untuk membolehkan pemindahan status kewarganegaraan secara automatik kepada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar Malaysia; dan
    • Meneruskan Pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Januari 2020.
  1. Hidupkan dan kaji semula perancangan Mengarusperdanakan Gender, yang akan memberi fokus kepada dasar dan proses yang sensitif-gender, yang bertujuan untuk mewujudkan kesaksamaan wanita dan lelaki, termasuklah;
    • Belajawan Responsif Gender di semua peringkat negeri dan nasional; dan
    • Pengumpulan data pecahan mengikut jantina dan mengikut kategori lain yang berkaitan.
  1. Penuhi tanggungjawab antarabangsa terhadap wanita, kanak-kanak dan golongan orang kurang upaya;
    • Mematuhi piawaian pelaporan dan melaksanakan cadangan-cadangan oleh Jawatankuasa dari perjanjian yang telah diratifikasi, iaitu Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Mengenai Hak-Hak Orang Kurang Upaya (CRPD); dan 
    • Keluarkan ‘reservations’ dari perjanjian yang disebutkan di atas;
      • CEDAW: Artikel 9(2) mengenai pemberian hak wanita  yang sama dengan lelaki berhubung dengan kewarganegaraan anak-anak mereka dan Artikel 16 (1) (a,c,f,g) mengenai langkah-langkah yang harus diambil untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita mengenai perkahwinan dan hubungan kekeluargaan;
      • CRC: Artikel 2,7,14,28 (1) (a) dan 37 yang menetapkan hak untuk tidak didiskriminasi; nama dan taraf kewarganegaraan; kebebasan berfikir, hati nurani/kesedaran dan agama; pendidikan rendah percuma dan wajib; serta menentang penyeksaan dan perampasan hak kebebasan; dan
      • CRPD: Artikel 15 mengenai kebebasan dari penyeksaan atau kekejaman, hukuman yang tidak berperikemanusiaan dan Artikel 18 mengenai kebebasan untuk bergerak dan kewarganegaraan.
    • Memantau, menilai dan melaksanakan Deklarasi dan Platform Tindakan Beijing (BPFA)1955 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs)  
  1. Memastikan MINIMUM 30% pembuat keputusan di kabinet dan agensi badan kerajaan adalah wanita. Ini untuk menggandakan barisan kepimpinan yang ada, di mana hanya 5 daripada 31 menteri adalah wanita (15.2%)

Pada ketika Malaysia sedang menunggu Perdana Menteri ke-9, JAG mengulangi bahawa semua kepimpinan kerajaan, terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mempunyai kewajiban untuk bersuara, menegakkan dan melindungi kepentingan dan hak wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya dan golongan rentan yang lain. 

Cukup banyak wanita, kanak-kanak dan komuniti yang diketepikan kerana pergolakan politik. Dasar yang retorik dan tidak berkesan tidak akan bawa kita ke mana-mana. Kami ingin mengingatkan kepada kerajaan yang baru yang akan memerintah bahawa mereka mempunyai tanggungjawab utama untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia. 

JAG menyeru agar pemerintah yang baru untuk secara terbuka memberikan komitmen dan terus usaha untuk memastikan kebertanggungjawaban dan akses yang mencukupi untuk menangani masalah keganasan, diskriminasi dan ketidaksamaan  yang dihadapi ramai orang – hanya dengan itu, Rakay akan mempunyai keyakinan terhadap pemimpin yang baru

Disokong oleh ahli organisasi JAG berikut:​​

  1. Women’s Aid Organisation (WAO)
  2. Women’s Centre for Change (WCC Penang)
  3. KRYSS Network
  4. Sisters in Islam (SIS)
  5. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  6. Justice for Sisters
  7. Association of Women Lawyers (AWL)
  8. Tenaganita
  9. All Women’s Action Society (AWAM)

 

Mengenai Joint Action Group for Gender Equality (JAG):

Joint Action Group for Gender Equality (JAG) merupakan satu pakatan antara 14 pertubuhan hak asasi wanita di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Sejak 1985, kami telah berjuang untuk kesaksamaan gender dan keadilan sosial di Malaysia dalam rangka kerja feminis. Kami memanfaatkan pelbagai kepakaran dan menyuarakan suara wanita bagi meningkatkan kesedaran awam dan berjuang untuk perubahan undang-undang. Kami mengangkat standard hak asasi manusia antarabangsa dalam menggalakkan keadilan, kesaksamaan, dan anti-diskriminasi.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 

Abinaya Mohan, Head of Campaigns, WAO
abinaya@wao.org.my / +6016 665 3237

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top