Media Statement – For Immediate Publication Kuala Lumpur, 30 MAY 2024 Women's Aid Organisation (WAO)…
Libatkan Penyertaan Awam untuk memastikan PEMULIH berkesan
Kumpulan Belanjawan Gender Malaysia mengambil maklum mengenai langkah yang diambil oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam peranannya sebagai Penyelaras Menteri bagi Pelan Pemulihan Nasional (PEMULIH) untuk mengadakan dialog bersama dengan pelbagai sektor. Kami mendesak agak Menteri untuk turut mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan masyarakat dan organisasi masyarakat sivil (CSO). Kerjasama oleh semua pihak adalah sangat penting untuk memastikan tidak ada sesiapa yang ketinggalan dalam pemulihan ekonomi Malaysia.
Kumpulan Belajawan Gender merupakan gabungan yang meliputi 17 organisasi menyeru agar Perbelanjaan Responsif Gender dapat diamalkan. Kami amat prihatin dengan pakej PEMULIH yang tidak memenuhi syarat perlindungan sosial bagi golongan rentan dalam keadaan pandemik – terutamanya – ibu tunggal terutamanya ibu tinggal (wanita yang berpisah dengan pasangan tetapi tidak bercerai secara formal), wanita yang bekerja di sektor informal, isi rumah yang diketuai oleh Orang Kurang Upaya (OKU), mangsa atau pemandiri keganasan dan mereka yang bergelut dengan kesihatan mental.
Selama setahun, beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan akibat dari pandemik telah memburukkan lagi ketaksaksamaan gender yang ada. Jumlah pekerja wanita di Malaysia semasa pandemik menurun sebanyak 2.5% dan laporang mengenai keganasan berasaskan gender juga meningkat. Pada separuh tahun pertama 2021 sahaja, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menerima sebanyak 1,572 panggilan talian hotlines yang melaporkan keganasan rumahtangga, empat kali ganda jika dibandingkan dengan kes semasa pre-COVID, sementara itu Kementerian Wanita melaporkan lebih dari 900 kes keganasan rumahtangga sepanjang empat bulan pertama tahun 2021. Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh PDRM adalah sangat membimbangkan dengan menunjukkan sebanyak 83.5% kes bunuh diri antara 2019 sehingga Mei 2021 adalah wanita. Pelan pemulihan terkini tidak cukup mengenal pasti dan mengatasi jurang gender ini.
Jelas terdapat permasalahan yang nyata dalam negara kita yang memerlukan pakej pemulihan yang peka gender dan mengambil kira keperluan rakyat untuk memastikan mereka yang ketinggalan tidak ditinggalkan.
Dengan itu, kami meminta agar kerajaan mengkaji beberapa cadangan kritikal ini;
- Insentif yang juga bermanfaat kepada mereka yang berada dalam tenaga kerja informal.
a. Dasar Inklusif Subsidi Gaji: Wanita di Malaysia merangkumi 43.7% daripada tenaga kerja informal. Wanita-wanita ini tidak mendapat manfaat daripada dasar subsidi gaji di bawah PEMULIH. PenjanaKerjaya 3.0, insentif pengambilan pekerja, telah menurunkan upah gaji dari RM1,500 kepada RM1,200 tetapi ini masih belum sampai kepada golongan rentan wanita. Sebagai contoh, sebilangan besar ibu tunggal berpendapatan bawah RM980 (paras garis kemiskinan lama). Tempoh kontrak pekerjaan untuk memenuhi syarat PenjanaKerjaya 3.0 telah dilonggarkan (dari sekurang-kurangnya 1 tahun kepada 6 bulan) bagi pekerja yang berumur 50 tahun dan ke atas, orang kurang upaya, atau bekas banduan, namun tidak ada pengecualian dibuat untuk wanita.b. Memastikan Kebolehcapaian Skim: Skim seperti TEKUN (menerima RM100 juta galakan) dapat memindahkan wanita daripada pekerjaan informal ke kategori formal. Walau bagaimanapun, akses kepada skim ini masih menjadi satu halangan kerana kebanyakkan interaksi kerajaan dilakukan secara atas talian dan terdapat jurang digital yang ketara semakin meningkat. Disebabkan kerajaan telah melabur dengan lebih banyak dalam pemasaran dalam talian bagi koperasi dan pemberdayaan digital bagi usahawan, lebih banyak yang harus dilakukan untuk memastikan golongan rentan tidak ketinggalan disebabkan oleh kurangnya akses kepada bantuan kerajaan.
- Struktur-Bantuan Kewangan yang lebih baik
a. Pembayaran dana berstruktur: Pembayaran bantuan kewangan yang lestari dan dapat diakses di bawah PEMULIH amat diperlukan terutamanya bagi ibu tunggal, ibu tinggal, isi rumah yang diketuai oleh wanita dan isi rumah yang diketuai oleh OKU.b. Akaun bagi Akses Bukan-Digital: Apabila kerajaan telah beralih ke arah pembayaran atas talian, adalah sangat penting untuk memastikan mereka yang tidak mempunyai akaun bank (sekitar 8% orang dewasa di Malaysia, atau 1.7 juta orang), di mana 86% daripadanya adalah berpendapatan rendah atau tidak mempunyai pendapatan juga termasuk. 55% daripada mereka yang tidak mempunyai akaun bank adalah wanita.
- Mengukuhkan Sokongan Sosial dalam Pemulihan Ekonomi COVID-19
a. Bina rangkaian sokongan psikososial: Dengan meningkatnya kadar bunuh diri menandakan bahawa krisis kesihatan awam perlu ditangani dengan penuh kepekaan dan penjagaan. Peruntukan RM15 juta bagi sokongan psikososial mesti ditingkatkan dan merangkumi kempen-kempen kesedaran, terutamanya bagi golongan rentan dan memberi subsidi kepada komuniti dan pengamalam kesihatan awam dan swasta. Pada ketika ini, Malaysia amat memerlukan ribuan orang yang terlatih dalam sokongan psikososial.
b. Tambahan Peruntukkan Penjagaan Kanak-Kanak: Peruntukan Bantuan Khas berjumlah RM3,000 kepada pusat jagaan kanak-kanak dan pengusaha tadika adalah baik, tetapi ini hanya memberi manfaat kepada pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar manakala pusat jagaan tidak berdaftar yang berasaskan ‘home-based’ di mana kebanyakkan keluarga dalam kategori B40 bergantung tidak mendapat apa-apa manfaat. Peruntukan ini wajar dilengkapi dengan memberikan subsidi secara terus kepada ibu dan/atau keluarga untuk menampung kos perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, dan barang keperluan seperti susu formula bayi dan lampin yang mana memberi beban kos kepada keluarga.
Ini adalah cadangan-cadangan sekilas mengenai kesan sosio-ekonomi yang berpanjangan akibat dari pandemik. Kumpulan Belanjawan Gender percaya bahawa pelan pemulihan yang bermanfaat, berkiblatkan manusia (people-centric) mesti merangkumi keterlibatan dari semua sektor. Oleh itu, adalah sangat penting agar PEMULIH dapat dibahaskan dan dibincangkan dalam sesi sidang Parlimen yang akan datang. Kementerian juga harus memastikan keterlibatan dan perundingan yang mencukupi dengan masyarakat sivil dapat dicerminkan melalui pelan perancangan tersebut.
Kami berharap agar Menteri dan pejabatnya dapat menjalankan sesi dialog bersama masyarakat sivil yang membantu golongan rentan ketika rakyat Malaysia menghadapi situasi yang mengerikan.
###
Mengenai Kumpulan Belanjawan Gender (GBG)
Kumpulan Belanjawan Gender (GBG) ialah pakatan yang terdiri daripada beberapa buah organisasi masyarakat sivil, diselaras oleh ENGENDER Consultancy bersama Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), yang memperjuangkan dan mempromosikan perbelanjaan responsif gender dalam semua polisi, program, dan peruntukan supaya dapat memastikan keperluaan berbeza rakyat dipenuhi dengan berkesan dalam perbelanjaan. Ini adalah sangat penting, terutamanya semasa krisis kesihatan awam kerana keperluaan banyak golongan belum dipertimbangkan dalam proses perbelanjaan kita.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Abinaya Mohan, Head of Campaign, WAO
MYgenderbudget@gmail.com / 6016 6653237
Lisa Fernandes, Advocacy & Operations Manager, ENGENDER
MYgenderbudget@gmail.com / 60127024213
This Post Has 0 Comments