Media Statement – For Immediate Publication Kuala Lumpur, 30 MAY 2024 Women's Aid Organisation (WAO)…
Meja Bulat Belanjawan 2021 ENGENDER dan WAO menyoroti Keperluan Responsif Gender dan Penyertaan Awam dalam Belanjawan
Hari ini, ENGENDER Konsultansi dan Women’s Aid Organisation (WAO) mengadakan Acara Meja Bulat “Gender Lens on Budget 2021”, dan disokong oleh Westminster Foundation for Democracy.
Meja Bulat ini menampilkan enam pakar yang akan membicarakan aspek yang berbeza mengenai belanjawan responsif gender. Janet Veitch, Pengerusi UK Women’s Budget Group, dan Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Dr. Madeline Burma, akan membahaskan aspek penganggaran belanjawan responsif gender yang lebih menyeluruh, termasuk perlunya setiap pemimpin negara agar sensitif gender.
YB Teo Nie Ching, bekas Timbalan Menteri Pendidikan, membicarakan mengenai keperluan untuk memasukkan perspektif gender dalam pendidikan dan juga keperluan wanita untuk memainkan peranan yang penting dalam kepimpinan kerajaan, terutamanya di Parlimen, untuk memastikan perspektif dan keutamaan dapat disuarakan dan dipertanggungjawabkan.
Dr. Sharifah Syahirah, Pensyarah Kanan di KUPTM, membincangkan mengenai Pemberdayaan Wanita dalam Politik, sementara Dr. Sivananthi Thaneniran, Pengarah Eksekutif ARROW pula mengetengahkan isu kesihatan seksual dan reproduktif wanita dan kanak-kanak perempuan, dan menekankan tentang keperluan pendekatan berasaskan hak diambil kira dalam belanjawan negara. Yap Lay Sheng, Pegawai Kanan Penyelidikan dan Advokasi dari WAO, membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk memerangi keganasan terhadap wanita dalam belanjawan negara dan juga mengetengahkan mengenai kesaksamaan gender yang merupakan isu di semua peringkat sosial, politik dan ekonomi.
“Acara Meja Bulat pada hari ini adalah sebahagian dari advokasi, pemantauan dan analisis berkala oleh masyarakat sivil terhadap belanjawan negara,” kata Omna Sreeni-Ong, Pengasas dan Pengarah Urusan ENGENDER. “ENGENDER dan WAO melihat ini sebagai sebagai satu permulaan kepada kempen yang lebih besar untuk membina kapasiti yang lebih besar sekitar belanjawan responsif gender dan untuk meningkatkan kesedaran awam dan penyertaan dalam proses belanjawan”
Advokasi, pemantauan dan analisis masyarakat sivil yang sedang dilakukan sekitar belanjawan negara akan dikoordinasikan oleh ENGENDER dan WAO sebagai sebahagian dari projek “Penglibatan Belanjawan Negara: Memperkasa Masyarakat Sivil dalam Belajanwan Responsif Gender 2021.”
“Penglibatan dalam proses pembuatan belanjawan negara harus dilihat bukan sahaja hak sebagai warganegara, namun sebagai sebahagian dari tanggungjawab sivik,” kata Sumitra Visvanathan, Pengarah Eksekutif WAO. “Selalunya proses belanjawan dilihat sebagai sesuatu yang hanya melibatkan pembuat dasar, namun belajawan negara merupakan cerminan kepada keutamaan kita sebagai sebuah negara dan untuk memenuhi tanggungjawab politik dan sosial kita”
Advokasi ENGENDER dan WAO mengenai belanjawan termasuklah mengetengahkan keperluan peruntukan belanjawan yang spesifik yang mengambil kira pelbagai keperluan dan impak terhadap lelaki, wanita, kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Semasa pembentangan mengenai Belanjawan 2021 di Parlimen, peruntukan RM21 juta telah diberikan untuk keganasan rumah tangga ‘Pusat Sokongan Sosial Tempatan’ serta peruntukan jangka pendek MySTEP bagi pekerja sosial dan pegawai perubatan.
“Peruntukan belanjawan yang diberikan bagi tempat perlindungan keganasan rumah tangga adalah contoh bagaimana kerajaan harus merespon kepada keperluan dan realiti wanita di Malaysia, dan memastikan peruntukan yang diberikan adalah mencukupi,” kata Lay Sheng dari WAO. “Peruntukan ini harus dilakukan secara menyeluruh, bermula dari kesihatan, pendidikan, kepada sektor penjagaan, dan impak analisis dilakukan untuk memastikan belanjawan negara memenuhi keperluan semua komuniti dan individ”
###
Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.
Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.
Mengenai ENGENDER Consultancy
ENGENDER is a social enterprise focussed on advancing the empowerment of women and gender equality, with core services in the areas of gender analysis, strategic advocacy planning, and monitoring and evaluation. We collaborate with communities, private sector, civil society organisations and government to draw on our collective learning and experience, and co-create strategic solutions to bring about transformative, sustainable impact to the lived realities of women and men, girls and boys. For more information, visit www.engenderconsultancy.org.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Natasha Dandavati, Head of Campaigns
natasha@wao.org.my
Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer
rusnitajari@wao.org.my/ 60133802287
Comments (0)