Skip to content

Belanjawan 2022: Pemulihan Nasional Berdaya Tahan untuk Wanita

Selamat Hari Malaysia,

Bagi membina kembali Malaysia selepas pandemik, Belanjawan 2022 mesti memberi fokus kepada pemulihan yang berdaya tahan melalui pendekatan yang sensitif gender.

Sempena Hari Malaysia, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) meminta agar kerajaan dan khususnya Kementerian Kewangan untuk memastikan Belanjawan 2022 merangkumi semua. Belanjawan 2022 tidak boleh meninggalkan wanita, keluarga, dan komuniti rentan — dan mesti mengatasi jurang gender yang semakin teruk yang wujud dalam masyarakat disebabkan oleh pandemik.

Laporan terbaru kami, Belanjawan 2022: Ketahanan Pemulihan Nasional untuk Wanita (di sini) menggariskan 3 tonggak — melindungi wanita dari keganasan, memastikan penyertaan ekonomi dan pekerjaan, dan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan mental — ini yang wajib diutamakan oleh Malaysia menuju ke arah pemulihan nasional. Laporan ini merangkumi 13 cadangan untuk Belanjawan 2022, termasuk seperti berikut.

Tonggak 1: Belanjawan 2022 mesti memperkukuhkan perkhidmatan sokongan kepada pemandiri keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan selama hampir dua tahun dan penguatkuasaan perintah duduk di rumah sebagai salah satu usaha untuk menangani pandemik. Ini telah memburukkan lagi keadaan keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender di seluruh Malaysia.

Kami mencadangkan agar Belanjawan 2022:

  • Peruntukkan sebanyak RM50 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi respon kepada Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), termasuklah pelaksanaan dan mekanisme pemantauan dan penilaian.

  • RM30 juta untuk modul latihan dan piawaian pengurusan kepada pegawai barisan hadapan (polis, pegawai perubatan, dan pegawai kebajikan sosial).

  • Peruntukan dana kecemasan sebanyak RM5 juta untuk perkhidmatan seperti hotline nasional dan NGO semasa krisis, di mana terdapat peningkatan lebih tiga kali ganda bagi talian hotline.

  • Berikan RM30 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menubuhkan tempat perlindungan krisis bagi mangsa keganasan rumah tangga. Dalam Belanjawan 2022, RM21 juta telah diperuntukan kepada KPWKM, namun program ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan pelaksanaan PKP.

Tonggak 2: terdapat keperluan untuk melaksanakan pendekatan yang  responsif gender bagi menangani pekerjaan nasional dan jaminan pekerjaan.

Insentif dan subsidi mesti diberikan untuk mengatasi kurangnya pengambilan pekerja yang sensitif gender dan sokongan penjagaan kanak-kanak, bagi menutup jurang gender dalam pekerjaan yang semakin teruk disebabkan oleh pandemik.

Belanjawan 2022 mesti mengatasi penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan mempertimbangkan tenaga kerja tidak formal:

  • Peruntukan RM247 juta untuk program penjagaan kanak-kanak, termasuk: RM60 juta untuk membina pusat jagaan komuniti, RM49 juta untuk membantu pusat jagaan kanak-kanak memenuhi SOP kesihatan dan keselamatan COVID-19, dan RM157 juta untuk pusat jagaan kanak-kanak dan penjaga kanak-kanak yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan lampin, bagi mengurangkan beban kos kepada ibu bapa.

  • Laburkan RM20 juta dalam program peningkatan kemahiran dan pendidikan untuk membantu wanita dengan kemahiran yang diperlukan untuk memasuki tenaga kerja formal.

  • Meningkatkan kesedaran mengenai beban penjagaan tidak berbayar yang lebih memberi kesan kepada wanita dan subsidi permohonan kenderaan dan kesedaran mengenai wanita yang berada dalam tenaga kerja tidak formal sebagai sebahagian daripada Pelan Strategik untuk Wanita 2021-2025.

Tonggak 3: kita harus bangkit semula membina ketahanan daripada pandemik dengan perkhidmatan kesihatan mental yang jitu, kebolehcapaian dan kesedaran terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak. 

Laporan menunjukkan bahawa penyakit kesihatan mental telah meningkat sejak bermulanya pandemik, dengan peningkatan laporan kecenderungan untuk membunuh diri dari 30% kepada 40% dari tahun 2020 sehingga 2021. Wanita dan kanak-kanak adalah yang paling terdedah, wanita merangkumi 83.5% kes bunuh diri dari tahun 2019 hingga Mei 2021.

Belanjawan 2022 harus;

  • Peruntukan 2.4% daripada anggaran belanjawan kesihatan nasional kepada penjagaan kesihatan mental. Peruntukkan ini kira-kira sebanyak RM765 juta akan meletakkan Malaysia selari dengan piawaian antarabangsa.

    • RM50 juta dari jumlah ini harus diperuntukan untuk membina lebih banyak pusat kesihatan mental masyarakat (MENTARI) untuk memastikan populasi yang paling rentas, termasuklah wanita yang menghadapi keganasan, komuniti B40, ibu tunggal, dan pelarian boleh mengaksess kepada ramawatan kesihatan mental.

    • RM9  juta untuk melatih 500 golongan profesional kesihatan mental yang bersedia memberi khidmat nasihat dan campur tangan kepada mangsa atau pemandiri keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender.

Kami mendesak agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan ini, untuk memastikan Belanjawan 2022 menyediakan sokongan kepada mereka yang paling terkesan akibat dari dampak pandemik untuk membina kehidupan semula.

Pandemik telah memberi ruang dan peluang untuk kita menilai kembali sistem  dan struktur sedia ada melalui lensa gender yang akan memberi manfaat kepada golongan rentan. Janji Belanjawan 2022 untuk pemulihan yang berdaya tahan di seluruh Malaysia adalah satu harapan yang cerah untuk semua dan ia hanya akan berkesan sekiranya tidak ada siapa yang ditinggalkan.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Abinaya Mohan, Head of Campaigns
abinaya@wao.org.my / 016-665 3237

Anis Farid, Research and Advocacy Officer
anis@wao.org.my / 019-3163237

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top