Skip to content

Hari Wanita Sedunia WAO Saksi – Meraikan Kewartawanan Progresif Gender

Isnin, 8 Mac 2021, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) telah menganjurkan Perbincangan Panel mengenai Kewartawanan Progresif Gender bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. Perbincangan panel atas talian ini membawakan panelis dari Malaysia, Belanda, Indonesia dan Sepanyol.

Acara secara maya ini mengumpulkan panel wanita yang memberi inspirasi dalam industri kewartawanan dan komunikasi dari seluruh dunia bagi membincangkan mengenai bias gender dan diskriminasi yang mereka lalui dalam konteks tempatan, dan untuk berkongsi amalan baik berkenaan bagaimana untuk mengubah arus dan memupuk kewartawanan yang progresif gender. 

Duta Besar Belanda, H.E. Aart Jacobi, memberikan ucapan alu-aluan dan mengumumkan kerjasama dengan WAO dalam projek Saksi – Kewartawan Progresif Gender. 

Projek Saksi WAO

Perbincagan panel ini merupakan sebahagian dari inisiatif besar iaitu Saksi, yang bertujuan untuk bekerjasama dengan wartawan di Malaysia untuk membangunkan kapasiti pihak berkepentingan dalam industri dan menggerakkan jaringan bagi memastikan liputan dan laporan yang progresif, adil dan mempunyai perspektif gender. 

Laporan dan berita media memberi kesan secara langsung mengenai bagaimana masyarakat memandang wanita dan isu-isu wanita. Projek Saksi akan mengetengahkan mengenai betapa pentingnya peranan media dalam membawakan pemahaman, perwakilan dan pelaporan yang lebih holistik mengenai isu gender. 

Kurangnya kepekaan sensitif gender dalam media merupakan manifestasi kepada pemilihan tajuk utama yang sering menyalahkan mangsa atau sering disensasikan, seperti yang sering dilaporkan oleh media; dan memperlihatkan betapa keutamaan diberikan kepada perwakilan gender dalam isu kandungan berita media. 

Kesaksamaan Gender melalui Kewartawanan

Kewartawanan merupakan alat yang penting dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai isu-isu wanita dan gender di seluruh negara.

Saksi Kewartawanan Progresif Gender adalah sebahagian daripada usaha yang berterusan oleh WAO untuk tidak hanya memastikan media sensitif gender dalam melaporkan berita, tetapi juga untuk memberdaya dalam menggunakan suara secara kolektif bagi menuntut perubahan. 

Kita mempunyai tanggungjawab terhadap wanita. Kita perlu bekerjasama dengan wanita dalam media untuk membangunkan dan menyokong media dan penglibatan platform yang selamat agar suara, pandangan, realiti dan keutamaan wanita dapat didengar. Yang paling penting, kita perlu untuk memikirkan semula kandungan, dan menyusun semula berita dari lensa gender.

Saksi merupakan platform yang mendengar suara wanita, dan melaporkan perubahan yang diminta oleh wanita. Itulah kekuatan media, dan kekuatan bersuara”, kata Sumitra Visvanathan.

Seperti yang dikatakan oleh Duta Besar Belanda dalam acara tersebut – “Mengubah stereotaip mengenai peranan wanita dalam media salah satu keutamaan oleh kerajaan Belanda. Kami mengintegrasikan gender dalam setiap aspek dasar luar, dengan memberikan fokus kepada keganasan berasaskan gender. Pengarusperdanaan gender merupakan pendekatan utama kerajaan Belanda dalam usaha ke arah Kesaksamaan Gender Global. Kesaksamaan Gender bukan sekadar tujuan; tetapi ia juga merupakan kaedah untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Saya harap hasil daripada kerjasama dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ini akan lebih banyak amalan media yang lebih progresif di seluruh Malaysia.”

Untuk maklumat lebih lanjut, dan mahu terlibat dengan inisiatif Saksi, sila kunjungi media sosial kami di Facebook, Twitter dan Instagram.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Hannah Reshma Jambunathan
Capacity Building Officer
hannah@wao.org.my/ +6012 696 695

Rusni Tajari
Senior Advocacy Officer
rusnitajari@wao.org.my / +6013 380 2287

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top