Media Statement – For Immediate Publication Kuala Lumpur, 30 MAY 2024 Women's Aid Organisation (WAO)…
Kajian Terkini Menyokong Gesaan untuk Menjenayahkan Menghendap
Lebih dari satu pertiga (36%) rakyat Malaysia (39% wanita dan 32% lelaki) pernah dihendap yang mengakibatkan mereka ketakutan – menurut satu tinjauan yang baru dijalankan oleh Vase.ai dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). Para responden tinjauan ini pernah berhadapan dengan perlakuan yang dikaitkan dengan menghendap lebih dari sekali atau berterusan oleh orang yang sama yang mengakibatkan mereka ketakutan.
Sementara itu, satu daripada lapan (12%) responden (8% wanita dan 16% lelaki) pernah dihendap dengan pengalaman melibatkan ugutan mencederakan, dan satu daripada enam (17%) responden (12% wanita dan 21% lelaki) pernah berhadapan dengan perlakuan hendap yang membawa kepada kecederaan sebenar.
Tinjauan “Memahami Pengalaman Hendap Rakyat Malaysia” adalah berdasarkan pandangan 1,008 orang wakil lelaki dan wanita rakyat Malaysia yang bertujuan untuk menilai kelaziman dan pemahaman mereka mengenai menghendap di Malaysia. Keputusan tinjauan ini telah dikongsikan pada hari ini di sebuah sesi taklimat awam oleh WAO dan Vase.ai.
Berdasarkan hasil tinjauan, perlakuan yang dikaitkan dengan menghendap yang pernah dialami oleh rakyat Malaysia termasuklah menerima panggilan telefon dan pesanan ringkas daripada individu yang tidak diingini, menerima hadiah yang tidak diingini, diperhatikan atau diekori, kedatangan seseorang yang tidak diingini di rumah, tempat kerja atau sekolah, dan harta benda yang dilakumusnahkan.
Hasil tinjauan menunjukkan sokongan kepada gesaan untuk menjenayahkan menghendap dan keperluan untuk memberi perlindungan kepada mangsa/pemandiri.
Kelaziman menghendap
Hasil tinjauan “Memahami Pengalaman Hendap Rakyat Malaysia,” mendedahkan bahawa 88% rakyat Malaysia pernah mengalami perlakuan yang dikaitkan dengan menghendap, dengan 60% rakyat Malaysia pernah berhadapan dengan perlakuan ini lebih dari sekali atau berterusan dan 34% rakyat Malaysia pernah berhadapan dengan perlakuan menghendap pada tahun sebelumnya.
Rakyat Malaysia pernah mengalami pelbagai perlakuan yang dikaitkan dengan menghendap. 74% responden pernah menerima panggilan telefon dan pesanan rkingkas yang tidak diingini daripada pelaku, sementara 76% responden pernah menerima emel, chat atau mesej yang tidak diingini melalui platform Facebook dan Instagram. 12% responden pernah diintip melalui peranti rakaman suara dan kamera GPS lebih dari sekali, sementara 32% responden pernah diperhatikan atau diekori dari jauh sebelum ini. 33% rakyat Malaysia pernah didatangi oleh individu yang tidak diingini di rumah, tempat kerja dan sekolah.
Kesan menghendap
Tambahan kepada menyebabkan ketakutan dan boleh menyebabkan kecederaan, menghendap turut membawa pengaruh negatif kepada aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan dan rumahtangga.
Hampir separuh daripada rakyat Malaysia (46%) yang pernah berhadapan dengan perlakuan yang berkaitan hendap mengalami impak negatif dalam kehidupan seharian mereka. Hampir satu per lima (18%) responden yang pernah berhadapan dengan perlakuan yang berkaitan hendap berkata mereka tidak boleh untuk memberi fokus ketika di tempat kerja; 17% tidak boleh atau tidak berasa selamat ketika berseorangan di tempat awam; dan 16% tidak boleh atau tidak berasa selamat untuk menghadiri kelas dan kursus latihan dan kemahiran.
Laporan mengenai menghendap
69% responden yang pernah mengalami perlakuan berkaitan menghendap tidak melaporkan kepada pihak polis. Antara kesemua responden, hampir separuh (45%) daripada mereka tidak membuat laporan polis kerana mereka tidak yakin bahawa pihak polis boleh atau akan membantu.
Dalam kalangan 31% responden yang membuat laporan polis, hampir separuh (47%) daripada mereka tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis.
Menjenayahkan menghendap akan membolehkan pihak berkuasa untuk memberi respon yang lebih baik untuk melaporkan dan memastikan mereka yang dihendap akan dilindungi.
Keperluan undang-undang anti-menghendap
Tambahan kepada pengenalan undang-undang anti-menghendap dan menjenayahkan menghendap serta membolehkan perlindungan kepada pemandiri/mangsa, undang-undang seperti ini juga akan membantu untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai menghendap dan akan menyebarluaskan kesedaran mengenai kedua-dua mangsa menghendap dan pelaku yang melakukan perlakuan menghendap.
Walaupun hasil kajian menunjukkan bahawa 69% rakyat Malaysia percaya bahawa menghendap adalah salah, tahap kelaziman yang tinggi dan kadar laporan yang rendah bagi perlakuan menghendap menunjukkan wujudnya jurang dalam undang-undang, di mana walaupun menghendap adalah satu perkara yang biasa berlaku, ianya tetap dibiarkan tanpa sebarang laporan dan hukuman.
WAO menggesa Menteri Undang-Undang, Dato’ Takiyuddin Hassan, untuk mengambil maklum balas mengenai keputusan tinjauan terkini ini dan mengorak langkah bagi pihak kerajaan dalam menjenayahkan menghendap dengan segera.
Mengenai tinjauan ini
Keputusan penuh tinjauan ini boleh didapati di: https://vase.ai/data-trust/
Tinjauan ini telah dikendalikan oleh Vase.ai, sebuah syarikat kajian pengguna digital terkemuka di Malaysia. Sejak penubuhannya, Vase.ai telah menyediakan kajian maklumat pengguna kepada lebih 100 syarikat dan GLC, dan data pendapat awam oleh Vase.ai seringkali diterbitkan dalam penerbitan utama.
“Every” oleh Vase.ai adalah satu platform inovasi pengguna yang membolehkan organisasi untuk berinovasi bersama-sama dengan pengguna di dunia sebenar. Every juga boleh digunakan untuk undian pendapat awam pantas, dengan kebolehan untuk mengumpul data dari 1,000+ wakil rakyat Malaysia hanya dalam masa beberapa jam. Banyak organisasi yang menggunakan Every untuk menghasilkan produk yang lebih baik, penjenamaan, dan polisi awam bersama-sama dengan rakyat, untuk rakyat.
Dengan Every, Inisiatif Jaminan Data Vase telah berjaya diwujudkan. Misi Inisiatif Jaminan Data Vase adalah untuk memberi keterbukaan kepada milikan kajian set data dalaman kami kepada orang awam dan membenarkan organisasi untuk menganalisa, mencari pendapat, dan menerbitkan keputusan.
Responden yang berusia 18 tahun ke atas digunakan sebagai kuota sampel berdasarkan statistik sensus Bangsa, Jantina, Umur, dan Kawasan tepat tinggal.
Tinjauan ini telah dijalankan oleh WAO dan Vase.ai, untuk mengumpul maklumat mengenai kelaziman perlakuan menghendap dan keperluan untuk undang-undang anti-menghendap. Kerja-kerja advokasi WAO disokong oleh Yayasan Sime Darby.
###
Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.
Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Natasha Dandavati, Head of Campaigns
natasha@wao.org.my
Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer
rusnitajari@wao.org.my/ 60133802287
This Post Has 0 Comments