Skip to content

Pembunuhan tragis seorang pensyarah mempunyai hubungan di antara keganasan rumah tangga – tuduhan membunuh dan keperluan besar kepada perlindungan kanak-kanak

Women’s Aid Organisation (WAO) terkejut akan berita yang dilaporkan mengenai seorang pensyarah yang dicekik sehingga mati oleh suaminya. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Kami ingin mengulas dua isu utama yang timbul dari kes ini.

Pertama, keganasan rumah tangga dan pembunuhan. Ini merupakan akibat yang buruk yang akan berlaku dalam keganasan rumah tangga – tuduhan membunuh. Kajian di negara lain menunjukkan bahawa, kira-kira 2 daripada 5 mangsa pembunuhan wanita dibunuh oleh pasangan mereka. Oleh itu, perlunya untuk kita memahami hubungkait di antara keganasan rumah tangga dan pembunuhan di Malaysia.

Dan sebagai langkah pertama, kami mendesak agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menganalisis dan mengeluarkan jumlah data kes pembunuhan di mana mangsa dibunuh oleh suami atau bekas suami atau pasangan intim. Kami juga meminta agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, dan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin untuk meneliti akan perkara ini.

Isu lain yang timbul ialah perlindungan dan kerahsiaan data peribadi kanak-kanak.

Menurut laporan berita, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Siti Zailah Mohd Yusoff mengunjungi kediaman mangsa dan bertemu dan mengambil gambar bersama dengan anak mangsa, kemudian menyiarkannya di laman media sosial beliau.

Gambar itu juga mendapat liputan media yang menyebabkan nama dan gambar kanak-kanak itu terpampang di halaman utama akhbar. 

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, privasi kanak-kanak yang terjejas dengan jenayah mesti dilindungi. Gadis itu terjejas akan jenayah pembunuhan ibunya, oleh itu identity kanak-kanak tidak harus didedahkan. 

Kami memohon agar kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan pelindung kanak-kanak untuk memberikan sokongan dan rawatan yang sepenuhnya. Tindakan yang tidak mempunyai pertimbangan oleh Timbalan Menteri yang bertanggunjawab terhadap Akta Kanak-kanak amat mengecewakan.  

Kami mendesak agar semua pihak untuk menghormati hak dan privasi kanak-kanak, lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak, dan lakukan apa saja bagi melindungi kanak-kanak agar tidak terdedah dengan pandangan umum. 

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan wanita telah menyediakan rumah perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di talian 03 7956 3488 atau SMS/Whatsapp TINA di talian 018 988 8058 jika anda atau kenalan anda sedang mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, lawati https://wao.org.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer

rusnitajari@wao.org.my / 60133802287

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top