Skip to content

Pengumuman Sambutan Hari Wanita Sedunia – Talian Hotline WAO yang baru +603 3000 8858

Talian Hotline WAO –  yang menawarkan bantuan sokongan krisis kepada pemandiri keganasan rumah tangga dan segala bentuk keganasan terhadap wanita –  telah bertukar ke nombor talian yang baru: +603 3000 8858.

Bersama dengan talian Hotline yang baru, WAO menaiktaraf sistem Hotline bagi menyesuaikan keadaan bekerja jarak jauh. Sistem ini mampu untuk menguruskan lebih banyak panggilan masuk, yang mana akan disambungkan terus kepada pegawai sokongan kriris – sukarelawan yang menguruskan talian Hotline WAO — yang bekerja secara jarak jauh.

Ini untuk memastikan talian Hotline WAO boleh menampung jumlah panggilan yang meningkat, dengan cara yang selamat untuk sukarelawan dan kakitangan kami dalam konteks Covid-19.

Berikutan dengan pelaksanaan PKP yang pertama pada Mac 2020, WAO menerima peningkatan panggilan empat kali ganda di talian Hotline dan WhatApp TINA.

WAO Hotline dan TINA (SMS/WhatsApp)

Sejak 1982, WAO telah menyediakan rumah perlindungan secara percuma, dan sokongan krirs kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan.

Melalui talian Hotline dan perkhidmatan yang lain, WAO telah memberikan sokongan kepada lebih kurang 4,000 pemandiri — memberikan maklumat mengenai hak dan pilihan yang ada agar mereka dapat membuat keputusan yang tepat bagi menjalani kehidupan yang bebas dari keganasan.

Selain daripada talian Hotline, WAO juga telah memulakan talian hotline Whatsapp – TINA, yang bermaksud ‘Think I Need Aid (Saya Rasa Saya Perlukan Bantuan)’.

Melalui talian Hotline dan TINA, pemandiri boleh membuat temu janji secara bersemuka, dan seterusnya boleh mengakses kepada perkhidmatan lain yang disediakan di WAO seperti rumah perlindungan, kaunselling, dan juga pengurusan kes.

Perkhidmatan yang diberikan juga adalah secara percuma dan rahsia kepada semua pemandiri.

Talian Hotline WAO beroperasi seperti biasa semasa PKP

COVID-19 telah menyukarkan keadaan pemandiri.

Bagi mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai dan beroperasi secara maya, perkhidmatan WAO kekal beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini untuk memastikan pemandiri mempunyai akses kepada WAO, talian Hotline juga telah dipanjangkan kepada 24 jam sehari.

Talian Hotline yang baru akan digunakan bermula pada 1 Mac 2021. Kesemua panggilan yang dihubungkan ke nombor Hotline yang lama akan disambungkankan ke nombor Hotline yang baru.

Sekiranya anda atau anda mengenali sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga atau bentuk keganasan terhadap wanita, sila hubungi talian Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WHatApp TINA di 018 988 8058

Anda juga boleh melayari laman sesawang WAO di wao.org.my untuk maklumat lanjut mengenai keganasan rumah tangga dan cara untuk mendapatkan bantuan.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Yu Ren Chung, Advocacy manager
renchung@wao.org.my / 016 718 3247

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer
rusnitajari@wao.org.my/ 013 380 2287

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top