Skip to content

Perkhidmatan WAO boleh didapati semasa PKPD

Selaras dengan pengumuman terkini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Lembah Klang, perkhidmatan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) untuk mangsa keganasan rumahtangga boleh didapati secara maya sepanjang 3-16 Julai 2021.  Ini termasuklah khidmat nasihat kes (telefon/WhatsApp), kaunseling (video), tempat perlindungan sementara, dan sokongan krisis yang lain yang akan dijalankan secara jarak jauh. Semua perkhidmatan WAO adalah percuma dan rahsia. 

Terdapat peningkatan risiko keganasan rumahtangga semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan ini mencerminkan jumlah kes yang telah dilaporkan. Dari Januari – Mei 2021, WAO mencatatkan sebanyak 1,247 kes dengan 625 dilaporkan melalui talian hotline kami dan 622 melalui TINA, perkhidmatan WhatsApp WAO.

Minggu lalu sahaja, pasukan WAO berjaya mengatur dan menyelamatkan seramai 12 pemandiri dan mangsa daripada penderaan dan persekitaran yang tidak selamat dan akan sentiasa  bersedia untuk membantu pemandiri dan  mangsa semasa tempoh sekatan dijalankan.

Sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenal sedang mengalami keganasan rumah tangga (atau apa-apa sahaja jenis keganasan berasaskan gender), hubungi:

Talian Bantuan WAO: +603 3000 8858
TINA (SMS/WhatsApp): +6018 988 8058
(24 jam)

Kami juga menyeru jiran tetangga serta orang awam untuk sentiasa prihatin.

Sekiranya anda menyaksikan atau mengesyaki sebarang keganasan rumah tangga berlaku, cuba dekati mangsa apabila keadaaan selamat, dan nasihati mereka supaya menghubungi WAO. Anda juga boleh menghubungi Talian Kasih (15999) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atau sekiranya berlaku keadaan kecemasan, anda boleh menghubungi pihak polis (999). Pihak Polis amat komited untuk terus membantu mangsa semasa perintah sekatan dilaksanakan. 

Anda juga boleh melayari wao.org.my untuk maklumat lanjut mengenai keganasan rumah tangga dan cara-cara untuk mendapatkan bantuan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan, termasuklah anggota polis, pegawai kebajikan masyarakat, dan pekerja hospital, atas perkhidmatan mereka pada waktu yang genting ini.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Abinaya Mohan, Head of Campaign
abinaya@wao.org.my / 60166653237

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top