Skip to content

Rakyat Patut Rasa Selamat Di Stesen Polis

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) kesal terhadap layanan yang diberikan kepada Kogee Sinniah di stesen polis. Kami mengecam tindakan pegawai polis yang dikatakan bukan sahaja enggan membantu mangsa di saat-saat genting dan cemas, malah telah mengarahkan mangsa untuk bertutur dengan lebih elok dan juga turut melihat-lihat cara mangsa berpakaian.

Ketua Polis Kuala Lumpur  Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kemungkinan timbul salah faham terhadap permintaan mangsa kerana keadaan emosinya. Pihak WAO ingin menekankan di sini bahawa kehibaan yang dialami mangsa ketika saat cemas adalah sebab utama mengapa pegawai polis perlu diberi latihan untuk lebih peka dan sensitif.

Pejabat Bukit Aman perlu menyiasat pengendalian kes ini dan pastikan bahawa setiap orang yang pergi ke stesen polis untuk mendapatkan keselamatan diberi perlindungan sewajarnya.  Polis diamanahkan untuk melindungi orang awam, dan tangungjawab ini seharusnya dilaksanakan dengan cara terbaik iaitu dengan hormat dan belas kasihan. Jika stesen polis tidak boleh dikira sebagai tempat selamat, ini bermaksud kerajaan telah gagal untuk melindungi rakyatnya.

Kami menggesa pihak kerajaaan untuk menjadikan perbuatan menhendap (stalking) sebagai satu jenayah. Pengalaman Kogee Sinniah menunjukkan betapa buruknya kesan perbuatan menghendap terhadap seseorang individu. Namun, perbuatan menghendap masih belum dikira sebagai satu jenayah di Malaysia dan undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk memberi perlindungan kepada mangsa menghendap. Banyak negara sudahpun menganggap perbuatan menghendap sebagai satu masalah serius dan telah memberikan perlindungan kepada rakyanya melalui peruntukkan undang-undang. Malaysia seharusnya mecontohi negara-negara ini dan menjenayahkan perbuatan menhendap dengan serta-merta.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Kogee Sinniah kerana telah memberanikan dirinya untuk bersuara dan kami berharap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.

###

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top