Skip to content

Sahut saranan tindakan PBB dan SUHAKAM dalam menangani impak gender COVID-19

Sebuah naskhah polisi telah diterbitkan oleh SUHAKAM pada minggu ini yang menekankan kepada impak COVID-19 kepada hak asasi wanita dan saranan supaya tindakan yang bersesuaian diambil selari dengan saranan yang dicadangkan oleh pakar daripada PBB.

Kerajaan Malaysia haruslah menyahut saranan SUHAKAM, dan bertindak pantas dalam usaha menangani dan mengurangkan kesan buruk yang tidak seimbang akibat COVID-19 ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan.

PBB menyeru negara-negara dunia untuk merangkumkan keganasan berasaskan gender dan diskriminasi di dalam pelan pemulihan COVID-19

Satu kenyataan bersama yang telah dikeluarkan pada hari Selasa oleh Pelapor Khas PBB mengenai keganasan ke atas wanita dan Platform Mekanisme Pakar Bebas PBB mengenai Dikriminasi dan Keganasan Ke Atas Wanita (Platform EDVAW) menyeru kesemua negara untuk mengambil tindakan segera dalam menangani keganasan domestik berasaskan gender — yang semakin meningkat sejak bermulanya pandemik — dan merangkumkan penghapusan keganasan berasaskan gender dan diskriminasi ke dalam pelan pemulihan COVID-19.

Kenyataan PBB itu menekankan pelbagai aspek gender yang menjadi kesan daripada pandemik yang turut diperjuangkan oleh WAO secara berterusan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini termasuklah peningkatan mendadak dalam kes keganasan berasaskan gender, peningkatan tinggi dalam kes beban tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh wanita, akses terhad kepada perkhidmatan pelayanan kesihatan kepada keperluan spesifik wanita dan kanak-kanak perempuan, kesan ekonomi yang tidak seimbang kerana kebanyakan wanita bekerja di dalam pekerjaan yang berisiko, serta wanita yang terpaksa berhenti bekerja akibat terpaksa meluangkan masa melaksanakan tanggungjawab keluarga.

Pakar dari PBB telah menyarankan 12 langkah utama yang patut diambil oleh kerajaan untuk berhadapan dengan ketaksaksamaan gender yang telah diburukkan lagi oleh pandemik, termasuklah memastikan penyertaan penuh oleh wanita dalam tindakan respon dan pelan pemulihan serta memastikan akses berterusan kepada mangsa keganasan berasaskan gender untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan, mekanisme perlindungan, dan juga keadilan.

Kenyataan SUHAKAM membincangkan mengenai isu yang dibangkitkan oleh pakar-pakar PBB mengikut konteks Malaysia

Kenyataan SUHAKAM telah menggariskan kebanyakan isu ketaksaksamaan gender yang telah turut diambil perhatian di dalam kenyataan PBB yang membincangkan mengenai isu yang sama di Malaysia dan telah pun memberikan saranan kepada kerajaan.

Kenyataan SUHAKAM menggariskan lima isu penting berkaitan hak asasi wanita di dalam konteks COVID-19:

  1. Sensitiviti gender dalam polisi dan keputusan: SUHAKAM menarik perhatian mengenai penderitaan ketaksaksamaan yang dihadapi oleh kaum wanita akibat daripada polisi awam yang tidak sensitif dan mendiskriminasi yang telah menjadi sebahagian daripada respon kerajaan ke atas pandemik. Polisi-polisi seperti keputusan untuk tidak menyenaraikan perkhidmatan perundangan dan perlindungan sebagai perkhidmatan penting ketika PKP telah mengakibatkan banyak ketidakpastian dan akses yang amat terhad kepada wanita. Para pelanggan WAO telah menghadapi isu-isu yang signifikan terutamanya ketikal permulaan PKP apabila ramai mangsa tidak boleh mendapatkan perintah perlindungan atau mendapatkan akses kepada pusat perlindungan kerajaan.
  2. Keganasan berasaskan gender: Peningkatan dalam keganasan berasaskan gender turut difokuskan oleh SUHAKAM yang merujuk kepada peningkatan mendadak dalam pertanyaan berkenaan keganasan rumahtangga yang diterima oleh WAO sejak bermulanya PKP. Kenyataan itu juga telah memetik mengenai kekerapan berlakunya keganasan berasaskan gender secara atas talian dan kini, masih belum ada peruntukan undang-undang yang melindungi wanita daripada perkara ini. Peningkatan risiko keganasan yang dihadapi oleh pembantu rumah yang kebanyakannya terdiri daripada pekerja asing, turut diberi perhatian yang menerima kesan buruk akibat larangan pergerakan dan perjalanan, serta halangan bahasa dan sikap prejudis.
  3. Perpisahan dan kehilangan tempat bergantung yang tidak boleh dielakkan: Satu lagi isu yang diberi perhatian oleh SUHAKAM yang turut menarik perhatian WAO dan NGO lain dalam tempoh PKP adalah pemisahan yang tidak dapat dielakkan akibat larangan rentas negeri, terutamanya dalam kes ibu bapa yang bercerai dan berkongsi hak penjagaan anak-anak. Tambahan lagi, larangan perjalanan ini juga telah menyebabkan wanita yang telah bercerai dan tidak mempunyai akaun bank dan kebiasannya menerima nafkah daripada bekas suami secara tunai terhalang untuk menerima nafkah lantas menimbulkan beban kerana terpaksa bekerja keras untuk menyediakan keperluan untuk diri sendiri dan anak-anak.
  4. Akses kepada penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif: Akses yang terhad untuk wanita dan kanak-kanak perempuan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang spesifik kepada keperluan mereka — termasuklah penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif — turut dibincangkan di dalam kenyataan SUHAKAM. Akses yang terhad yang diakibatkan oleh penutupan  kesemua klinik LPPKN ketika tempoh PKP serta klinik-klinik NGO yang tidak boleh beroperasi telah menghalang wanita daripada pendapatkan perkhidmatan pencegahan kehamilan dan pengguguran. Ini bukan hanya mencabul hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan untuk kesihatan malah turut mengakibatkan beban kewangan yang tidak dapat dielakkan di dalam kes hamil yang tidak disengajakan bagi wanita yang miskin.
  5. Beban penjagaan tidak berbayar: WAO telah berkali-kali mengingatkan mengenai peningkatan beban penjagaan tidak berbayar yang terpaksa dipikul oleh wanita dan kanak-kanak perempuan akibat daripada peningkatan dalam tangungjawab penjagaan domestik yang diakibatkan oleh pandemik dan PKP. Sepertimana yang telah ditekankan oleh SUHAKAM, trend ini ditunjukkan dengan peningkatan individu yang terpaksa berhenti kerja oleh kerana tanggungjawab penjagaan yang disokong oleh Tinjauan Tenaga Kerja yang telah dilaporkan.
  6. Akses kepada maklumat dan bantuan hidup: Akhir sekali, kenyataan SUHAKAM menekankan mengenai akses yang terhalang kepada maklumat dan bantuan hidup oleh wanita sejak bermulanya pandemik. Seperti yang telah dijelaskan WAO sebelum ini, walaupun langkah rangsangan kedua lebih responsif gender dan merangkumi diskaun elektrik, gaji, dan subsidi penjagaan kanak-kanak bagi individu dan perniagaan, masih ada isu akses yang disebabkan oleh jurang maklumat dan celik digital, sama ada menyebabkan para wanita kurang mendapat akses kepada akaun bank, peranti teknologi dan sebagainya.

Lima saranan SUHAKAM yang menyuarakan seruan PBB berdasarkan realiti yang dihadapi oleh wanita di Malaysia

Memberi respon kepada isu ketaksaksamaan gender yang semakin memburuk akibat pandemik yang telah dibincangkan di dalam kenyataannya, SUHAKAM telah menyarankan saranan-saranan ini kepada kerajaan Malaysia:

  1. Tingkatkan bilangan perwakilan dan sensitiviti dalam pembikinan polisi awam dan perkhidmatan awam, yang akan membantu pengaplikasian dari lensa gender di dalam semua pembikinan polisi — yang kedua-duanya berkait rapat dengan respon COVID-19 atau sebaliknya — dan memastikan isu-isu wanita ditangani sebagai isu negara.
  2. Kepimpinan melalui teladan dan ambil pendekatan “zero-tolerance” terhadap keganasan berasaskan gender yang akan membantu mengurangkan normalisasi keganasan dan diskriminasi ke atas wanita di sektor awam dan swasta.
  3. Merapatkan jurang gender dan perbezaan digital, yang akan membantu memastikan akses wanota kepada maklumat yang penting dan kritikal, serta menangani keganasan berasaskan gender secara atas talian.
  4. Menghargai penjagaan tidak berbayar seperti mana pekerjaan sebenar, yang akan menggalakkan masa bekerja yang fleksibel dan sokongan penjagaan anak-anak oleh majikan, lantas membantu menyokong pemerkasaan ekonomi wanita.
  5. Mengambil peluang dalam perniagaan dan hak asasi manusia dengan bekerjasama dengan media dan sektor swasta, yang boleh memerangi pandangan seksis dan stereotaip gender, menangani keganasan berasaskan gender dan diskriminasi, merapatkan jurang gender, serta meningkatkan saluran maklumat mengenai wanita yang berisiko.

Kerajaan haruslah bertindak pantas dalam menlaksanakan saranan SUHAKAM, yang bukan sahaja selari dengan saranan pakar-pakar dari PBB, malah turut berasaskan realiti yang dihadapi oleh wanita di Malaysia.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan wanita telah menyediakan rumah perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di talian 03 7956 3488 atau SMS/Whatsapp TINA di talian 018 988 8058 jika anda atau kenalan anda sedang mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, lawati https://wao.org.my

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Natasha Dandavati, Head of Campaigns

natasha@wao.org.my

 

Yap Lay Sheng, Senior Research and Advocacy Officer

laysheng@wao.org.my / 60182747042237

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top