Skip to content

WAO menyambut baik komitmen kerajaan mengenai pindaan Akta Pekerjaan, dan menyokong cadangan tujuh hari cuti paterniti dan perlindungan bagi pencari kerja

Women’s Aid Organisation (WAO) menyambut baik kenyataan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim bahawa pindaan terhadap Akta Pekerjaan merangkumi cuti paterniti, cuti bersalin dipanjangkan, perlindungan terhadap gangguan seksual, dan waktu kerja yang anjal. 

Pengumuman itu dibuat di Dewan Rakyat kelmarin, dan menyambung usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini bagi meminda Akta Pekerjaan.

Komitmen WAO terhadap pindaan Akta Pekerjaan termasuklah tujuh hari cuti paterniti, 98 hari cuti bersalin berbayar, perlindungan anti-diskriminasi bagi pekerja dan pencari kerja, dan perlindungan pemberhentian kerja berasaskan kehamilan. 

Tujuh hari cuti paterniti berbayar #7daysForDads

Kami menggesa agar kerajaan memperkenakan sekurang-kurangnya tujuh hari cuti paternity berbayar kepada bapa yang bekerja di sektor swasta – sepertimana yang dinikmati oleh pekerja di sektor awam. Tiga hari cuti paterniti – seperti yang dibincangkan – adalah tidak mencukupi.  

Tujuh hari cuti paterniti berbayar ini membolehkan para bapa memainkan peranan yang lebih proaktif ketika anak mereka dilahirkan, dan untuk bersama dengan mereka pada hari-hari pertama yang kritikal ketika ibu melalui proses pemulihan. 

Dengan memperkenalkan cuti paterniti ini sekaligus memberi mesej yang jelas bahawa tugas menjaga anak adalah tanggungjawab bersama. Perubahan norma sosial seperti ini akan membantu wanita untuk kekal dalam tenaga kerja. Laporan Bank Dunia 2012 menganggarkan bahawa jika Malaysia mahu menghapuskan jurang gender dalam partisipasi tenaga kerja, pendapatan per kapita perlu meningkat sebanyak 16 peratus. Khazanah Research Institute (KRI) menganggarkan seramai 2,563,800 wanita di Malaysia tidak bekerja kerana “kerja rumah atau tanggungjawab keluarga” – berbanding dengan lelaki sebanyak 69,800.

Perlindungan pencari-kerja dari diskriminasi

Kami juga menggesa agar kerajaan memasukkan perlindungan anti-diskriminasi untuk pekerja dan pencari-kerja – yang berasaskan gender, kaum, agama, keupayaan dan ciri-ciri lain. 

Ini akan membantu mewujudkan perlindungaan terhadap diskriminasi  yang berasaskan gender, kaum, dan agama dalam Perlembagaan Persekutuan, dan perlindungan terhadap diskriminasi berasaskan keupayan seperti dalam Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya, yang telah ditandatangani oleh kerajaan. 

Selepas berlakunya pandemic Covid-19, wanita semakin dibebani dengan tugas kerja rumah yang tidak berbayar dan terpaksa memikul tanggungjawab peribadi dan professional. Ini menyebabkan peruntukan anti-diskriminasi sangat penting dan lebih kritikal untuk memastikan wanita mampu terus kekal dalam tenaga kerja.  

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan wanita telah menyediakan rumah perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan. Hubungi Hotline WAO di talian 03 7956 3488 atau SMS/Whatsapp TINA di talian 018 988 8058 jika anda atau kenalan anda sedang mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, lawati https://wao.org.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Natasha Dandavati, Head of Campaigns

natasha@wao.org.my 

Yap Lay Sheng, Senior Research and Advocacy Officer

laysheng@wao.org.my / 60182747042

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top