skip to Main Content

WAO menyokong gesaan MP untuk mengubah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat bagi mencegah seksisme di Parlimen

Women’s Aid Organisation (WAO) menyokong penuh cadangan YB Kasthuri Patto mengenai pindaan terhadap Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, yang akan memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap kenyataan seksis, rasis dan menyinggung yang dilakukan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Hinaan yang berbaur seksis dan rasis baru-baru ini yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahi terhadap YB Kasthuri adalah tindakan yang tidak dapat diterima.

Serangan berasaskan gender terhadap Ahli Parlimen wanita dan ahli politik lain bukanlah perkara yang baru atau kali pertama. Mereka mewakili corak keganasan dan diskriminasi berasaskan gender yang lebih besar terhadap pemimpin wanita dan wanita secara umum – dan menjadi asbab mengekang penyertaan wanita dalam politik dan kebebasan berekspresi. 

Sepanjang sejarah di Parlimen, apabila hinaan berbaur seksis dan rasis terjadi, tidak ada tindakan yang serius diambil ke atas pelaku tersebut. Sekiranya berlaku lagi, Ahli Parlimen hanya diminta untuk menarik balik kenyataan mereka dan membuat permohonan maaf, tanpa ada sebarang kesan. Cadangan YB Kasthuri untuk meminda Peraturan Tetap Mesyuarat di bawah Peraturan Perbahasan, Seksyen 36, akan membantu mengatasi budaya pengecualian dari hukuman (impunity) terhadap serangan berasaskan gender oleh Ahli Parlimen.

Pindaan pertama yang dicadangkan akan secara tidak langsung merujuk kepada Ahli Parlimen yang membuat kenyataan berbaur seksis, rasis atau sebarang kenyataan menyingung atau menggunakan perkataan yang cenderung dan mendorong kepada niat buruk terhadap masyarakat lain kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk diselidik, sementara pindaan kedua yang dicadangkan adalah memberi denda bayaran penalti sekurang-kurangnya RM500 bagi mana-mana Ahli Parlimen yang didapati melakukan pelanggaran oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

WAO menggesa agar Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Pengerusi Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizah Harun, untuk membawa usul ini kepada Jawatankuasa tersebut dan membantu mengubah budaya pengecualian dari hukuman (impunity) ini. 

Ahli Parlimen yang menjadi wakil rakyat mesti berpegang kepada piawaian tingkah laku yang tinggi.

Kita tidak boleh bertoleransi terhadap serangan ke atas ahli politik wanita dan suara wanita, yang juga merupakan serangan terhadap demokrasi di negara ini.

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan wanita telah menyediakan rumah perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di talian 03 7956 3488 atau SMS/Whatsapp TINA di talian 018 988 8058 jika anda atau kenalan anda sedang mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, lawati https://wao.org.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Natasha Dandavati, Head of Campaigns

natasha@wao.org.my 

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer

rusnitajari@wao.org.my / 60133802287

 

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top