Skip to content

Press Statement – Mandatory Death by Hanging for Child Rapists

Kenyataan Akhbar “Perogol Budak Ketali Gantung”

Women’s Aid Organisation (WAO) refers to the news report “”Perogol budak ke tali gantung – Cadangan undang-undang baru dibentang ke Kabinet 13 November” (Mandatory Death by Hanging to Child Rapists, Proposal of New Laws for the Cabinet, 13th November) Utusan Malaysia, 4 November 2002, front page.

WAO on principle does not agree with capital or corporeal punishment. Although we share the outrage and concern over the heinous act of rape of minors, we believe that the death penalty does not directly address the problem. There have been no conclusive studies that show that the death penalty acts as a deterrent for sexual crimes, or helps in the healing of survivors or families of survivors.

In fact, in situations of rape of minors in incest cases, it may actually result in underreporting. This is because the child survivor could be threatened into silence by the rapist because it would be unreasonable to expect a child to be responsible for her parent’s death. This could also cause family members who have found out about the rape to keep their silence. The government must have more consultation with the civil society before commencing on such harsh legislation which takes away a person’s right to life.

WAO emphatically agrees that rape of children under the age of 12 is an atrocious crime, and should be a form of aggravated rape. We are working together with other women’s groups and NGOs under the Rape Task Force to propose for changes in laws relating to rape, including its definition under the Penal Code, the Criminal Procedure Act and the Evidence Act.

Jaclyn Kee
Communications Officer


KENYATAAN AKHBAR WAO
04 November 2002

Perogol Budak ke Tali Gantung

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) merujuk kepada lapuran berita “Perogol budak ke tali gantung – Cadangan undang-undang baru dibentang ke Kabinet 13 November” (Utusan Malaysia, 4 November 2002, muka hadapan).

WAO secara dasarnya tidak bersetuju atas hukuman mati mahupun hukuman yang berorientasikan keganasan ke atas tubuh seseorang. Kami mempercayai bahawa hukuman mati semata-mata tidak dapat menyelesaikan gejala tersebut. Setakat ini, tiada penyelidikan yang menunjukkan bahawa hukuman mati bertindak sebagai deteren efektif terhadap jenayah seksual.

Di sebaliknya, dalam keadaan di mana rogol ke atas anak bawah umur dalam kes sumbang mahram, hukuman mati yang dicadangkan tersebut mungkin membawa kepada ketidaklaporan oleh mangsa. Ini kerana mangsa rogol bawah umur mungkin diugut oleh perogolnya untuk tidak melaporkannya atas alasan bahawa tindakan mangsa untuk bersuara akan membawa kepada kematian seorang ahli keluarganya. Ini juga akan membawa kepada ahli keluarga lain yang telah mengetahui kejadian rogol untuk terus mendiamkan diri. Kerajaan mesti mengadakan lebih perbincangan dengan masyarakat sivil dengan lebih mendalam sebelum menggubal sebarang perundangan yang melucutkan hak seorang untuk hidup.

WAO secara tegasnya bersetuju bahawa rogol ke atas anak di bawah umur 12 tahun adalah suatu jenayah kejam yang terkutuk dan harus menjadi suatu bentuk rogol yang meruncingkan (“aggravated rape”). Bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan wanita yang lain yang mewakili Jawatankuasa Bertindak Membanteras Rogol, kami sedang mengusahakan suatu usul ke arah pindaan dalam undang-undang berkaitan dengan rogol termasuklah meluaskan definisi rogol di bawah Kanun Keseksaan, dan peruntukan peruntukan lain di bawah Kod Acara Jenayah dan Akta Keterangan.

Jaclyn Kee
Pegawai Komunikasi

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top