Media Statement – For Immediate Publication Kuala Lumpur, 30 MAY 2024 Women's Aid Organisation (WAO)…
Join International Cricket Superstars and WAO This Saturday To Empower Girls and Raise Funds for Child Domestic Violence Survivors
This Saturday, two sports celebrities and Women’s Aid Organisation (WAO) are joining hands in #Cricket4WomensAid, an online event open to the public to spread the message of girls’ empowerment through sports while raising money to fund WAO’s programmes for child domestic violence survivors.
Mithali Raj, Captain of India’s women’s cricket team, and Heather Knight, Captain of England’s women’s cricket team, will join WAO and the Malaysian Cricket Association (MCA) in a one-hour online fundraiser this Saturday at 8pm (Malaysia time) where fans will have the opportunity to chat with the superstars about cricket and more, all while raising money for an important cause.
“We are extremely excited to be able to collaborate with two international sports superstars, Mithali Raj and Heather Knight, for this event,” said Melissa Akhir, Director, Capacity Development for WAO. “While generating funds for WAO’s children’s programmes, we are also working to promote girls’ empowerment through sports, and Mithali and Heather are incredible role models of that empowerment.”
Saturday’s event is part of WAO’s larger #GirlsforGoals campaign, which aims to put girls centre-stage by equipping them with the tools to advocate for their own rights.
Violence against women and girls affects one in three women in their lifetime. Moreover, children, particularly girls, make up the majority of gender-based violence survivors facing violence perpetrated by family members.
In addition to violence, many girls also deal with gender discrimination and inequality that is deeply embedded in society, and which manifests from a young age. This can be seen in everything from only girls but not their brothers being expected to help with household chores, and in the media that girls grow up with, which portrays men as being strong and smart and women as being weak and helpless.
“For girls, sports can be an antidote to all of this on multiple levels,” Melissa said. “On the one hand, sports can help girls develop confidence and important life skills like teamwork, and also help foster strong female friendships.”
“At the same time, the sports industry itself has a long way to go towards achieving gender equality,” Melissa added. “The more girls and women who get involved in sports as athletes and fans, the stronger the call for equal rights in sports will be.”
Saturday’s event will raise funds for WAO’s children programmes, which serve children who have either witnessed or directly experienced domestic violence. For child survivors whose lives have been completely disrupted by violence, WAO provides a safe and stable environment during an extremely critical and uncertain time.
WAO’s educational, recreational, and social programmes for children work to ensure continuity in child survivors’ learning and development, as well as their emotional well-being.
“The goal of WAO’s children’s programmes is to give children the space and tools they need to break the cycle of violence and help secure a better future for themselves,” Melissa said. “By supporting WAO, anyone can be a part of helping create that better future.”
The #Cricket4WomensAid event will take place through the Zoom web-based cloud conferencing application from 8pm to 9pm Malaysian time (GMT +8) and streamed live on MCA’s Facebook page.
Fans and donors will be able to interact with both cricket stars in a moderated question-and-answer session during the event. An online donation can be made through https://wao.org.my/donate/ or transferred directly to WAO’s CIMB bank account 80-0238299-7 or MAYBANK account 512334321741. International donations are welcomed using credit cards/debit cards/PayPal/ eWallet/online banking.
Additional information can be found on the Malaysian Cricket Association’s website at: http://www.cricketmalaysia.com/MalaysianCricketAssociation/viewArticle.do?articleId=144&clubId=10933
###
Sertai Bintang Kriket Antarabangsa Sabtu Ini Dalam Memperkasa Kanak-Kanak Perempuan dan Mengumpul Dana Untuk Pemandiri Keganasan Rumahtangga
Sabtu ini, dua orang selebriti sukan bersama-sama dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) berganding bahu untuk #Cricket4WomensAid, sebuah acara atas talian yang dibuka kepada orang awam untuk menyebarkan mesej mengenai pemerkasaan kanak-kanak perempuan melalui sukan sambil mengumpul dana kewangan untuk program pemandiri kanak-kanak keganasan rumahtangga WAO.
Mithali Raj, Kapten pasukan kriket wanita India, dan Heather Knight, Kapten pasukan kriket wanita England, akan bersama-sama dengan WAO dan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) selama satu jam di acara mengumpul dana secara atas talian itu pada hari Sabtu ini jam 8 malam (waktu Malaysia) dimana para peminat akan berpeluang untuk berbual dengan bintang-bintang kriket itu mengenai kriket dan sebagainya, sambil mengumpul dana untuk tujuan penting.
“Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan dua bintang sukan antarabangsa, Mithali Raj dan Heather Knight untuk acara ini,” ujar Melissa Akhir, Pengarah Pembangunan Kapasiti WAO. “Sambil mengumpul dana untuk program kanak-kanak, kami juga sedang mempromosikan pemerkasaan kanak-kanak perempuan melalui sukan. Mithali dan Heather adalah contoh ikutan yang sangat bagus untuk pemerkasaan ini.”
Acara pada hari Sabtu ini merupakan sebahagian daripada kempen WAO yang lebih besar yang bertujuan untuk memberi perhatian kepada kanak-kanak perempuan serta melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam memperjuangkan hak asasi mereka.
Keganasan ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan telah memberi kesan kepada satu dalam tiga orang wanita di dalam hidup mereka. Tambahan lagi, kanak-kanak, terutamanya perempuan menjadi majoriti mangsa keganasan berasaskan gender yang berhadapan dengan pelaku yang terdiri daripada ahli keluarga sendiri.
Tambahan kepada keganasan, kebanyakan kanak-kanak perempuan turut berhadapan dengan diskriminasi gender dan ketidak saksamaan yang tertanam di dalam budaya masyarakat, dan telah diterapkan sejak dari kecil. Ini boleh dilihat di dalam pelbagai perkara pada kanak-kanak perempuan tetapi tidak kepada kanak-kanak lelaki untuk membantu dalam kerja-kerja rumah. Malah di media, lelaki lebih banyak digambarkan dengan karektor yang kuat dan bijak manakala wanita digambarkan sebagai lemah dan tidak berdaya.
“Bagi kanak-kanak perempuan, sukan boleh menjadi penawar kepada perkara ini dalam banyak tahap,” kata Melissa.”Tambahan lagi, sukan juga boleh membantu kanak-kanak perempuan membina keyakinan dan kemahiran penting yang lain seperti semangat berpasukan, dan juga membantu memupuk semangat setiakawan yang kuat.”
“Pada masa yang sama, industri sukan sendiri juga memerlukan lebih kemajuan dalam aspek kesaksamaan gender,” tambah Melissa lagi. “Semakin banyak penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam sukan sebgai atlet dan peminat, makan akan lebih kuatlah seruan bagi kesaksamaan gender dalam sukan.”
Acara pada hari Sabtu ini juga akan mengumpul dana untuk program kanak-kanak WAO, yang akan membantu kanak-kanak yang sama ada telah menyaksikan keganasan atau pernah mengalami keganasan rumahtangga sendiri. Bagi kanak-kanak yang hidupnya telah terkesan akibat keganasan rumahtangga, WAO menyediakan persekitaran yang selamat dan stabil pada masa yang amat kritikal dan tiada ketentuan.
Program-program pendidikan, rekreasi dan sosial WAO untuk kanak-kanak adalah bertujuan untuk memastikan kesinambungan pembelajaran dan perkembangan pemandiri kanak-kanak serta kesejahteraan emosi mereka.
“Matlamat program-program kanak-kanak WAO adalah untuk memberi kanak-kanak ruang dan kemahiran yang diperlukan serta membantu untuk mendapatkan masa hadapan yang baik buat mereka,” kata Melissa lagi.” Dengan menyokong WAO, sesiapa sahaja boleh menjadi sebahagian daripada bantuan yang akan membentuk masa hadapan yang lebih baik.”
Acara #Cricket4WomensAid ini akan berlangsung melalui aplikasi Zoom daripada 8 malam hingga 9 malam (waktu Malaysia) (GMT +8) dan akan disiarkan secara langsung di laman Facebook MCA.
Para peminat dan penyumbang akan berpeluang untuk berinteraksi dengan kedua-dua bintang kriket dalam sesi soal jawab ketika acara berlangsung. Sumbangan secara atas talian boleh dibuat melalui https://wao.org.my/donate/ atau melalui pindahan secara terus ke akaun bank CIMB WAO (80-0238299-7) atau akaun MAYBANK (512334321741). Sumbangan antarabangsa turut digalakkan melalui kad kredit/kad debit/ PayPal/ perbankan atas talian.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Persatuan Kriket Malaysia di: http://www.cricketmalaysia.com/MalaysianCricketAssociation/viewArticle.do?articleId=144&clubId=10933
###
Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.
Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Natasha Dandavati, Head of Campaigns (Interim)
natasha@wao.org.my
Yap Lay Sheng, Senior Research and Advocacy Officer
laysheng@wao.org.my / 60182747042
This Post Has 0 Comments