Skip to content

Belanjawan 2021 harus menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk wanita

Belanjawan 2021 haruslah menangani jurang gender yang wujud dalam masyarakat yang semakin diburukkan oleh pandemik.

Laporan terbaru kami, Budget 2021: A Better Country for Women telah menggariskan 3 tonggak dan 11 saranan kepada penggubal polisi. Menjaga keselamatan wanita daripada keganasan, pekerjaan wanita, serta akses wanita dan kanak-kanak perempuan kepada penjagaan kesihatan harus diutamakan di dalam belanjawan respon kepada pandemik di Malaysia.

Pertama, penggubal polisi perlu memperketatkan penguatkuasaan undang-undang dan menyokong perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada mangsa keganasan berasaskan gender. WAO sebelum ini pernah melaporkan bahawa berlakunya peningkatan tiga kali ganda dalam panggilan kecemasan ke talian hotline kami ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Walaubagaimanapun,masih belum ada tanda bahawa keganasan ke atas pasangan intim akan mereda. Oleh kerana keadaan ekonomi yang meruncing telah meningkatkan lagi risiko keganasan, dan akibat daripada langkah penjarakan sosial dan langkah bekerja dari rumah masih diteruskan telah menyebabkan mangsa tidak boleh kemana-mana selain hanya berada di rumah.

Kerajaan haruslah:

  • Memperuntukkan RM50 juta untuk menambahbaik rumah perlindungan sedia ada dan membina rumah perlindungan yang baru untuk mangsa keganasan rumahtangga;
  • Memperuntukkan RM5 juta untuk mengoperasikan dan menambahbaik perkhidmatan talian krisis 24 jam di Malaysia, termasuklah perkhidmatan talian kecemasan yang dioperasikan oleh NGO;
  • Memperuntukkan dana antara agensi untuk melatih responder pertama, termasuklah polis, pegawai perubatan, dan pegawai kebajikan dan menyepadukan perkhidmatan-perkhidmatan ini untuk bantuan kepada mangsa GBV;
  • Memastikan dana tahunan diperuntukkan untuk menangani keganasan berasaskan gender dalam respon pengurusan bencana, termasuklah dalam kesemua krisis kesihatan yang akan datang.

Kedua, jurang gender dalam pekerjaan telah melebar disebabkan pandemik. Sektor yang mempunyai kepadatan pekerja wanita yang tinggi seperti pelancongan, hospitaliti, dan industri pekhidmatan amat terkesan akibat daripada larangan perjalanan dan juga perintah kawalan pergerakan. Dalam tinjauan suku kedua tenaga kerja mendapati kadar pengangguran dalam kalangan wanita adalah 5.5% lebih tinggi berbanding kadar pengangguran lelaki yang mencatat 4.7%.

Pada masa yang sama, beban penjagaan tidak berbayar yang bertambah akibat kebanyakan ahli keluarga berada di rumah telah menyebabkan pekerja wanita meluangkan masa lebih untuk keluarga. Antara suku keempat 2019 dan suku kedua 2020, telah memperlihatkan 85,000 wanita dan 6,200 lelaki telah keluar dari tenaga kerja dalam negara.

Belanjawan 2021 haruslah merangkumi penglibatan wanita dalam tenaga kerja melalui:

  • Mengutamakan pendidikan dewasa bersubsidi dan program-program pembelajaran sepanjang hayat bagi wanita setelah mereka berhenti daripada kerjaya mereka untuk merapatkan jurang kadar penyertaan di dalam tenaga kerja.
  • Meneruskan pindaan ke atas Akta Kerja untuk mlearang diskriminasi ke atas pekerja dan pencari kerja atas dasar gender, etnik, umur dan status kelainan upaya, memperkenalkan cuti paterniti berbayar selama 7 hari, meningkatkan cuti bersalin berbayar kepada 90 hari, dan membenarkan pekerja untuk memohon waktu kerja fleksibel.
  • Meningkatkan pelaburan awam di dalam sektor penjagaan, terutamanya dengan menambah pusat penjagaan kanak-kanak di bawah seliaan kerajaan, dan meningkatkan subsidi kepada penyedia perkhidmatan penjagaan.
  • Berubah daripada pengecualian cukai regresif semasa kepada subsidi penjagaan kanak-kanak bersasar kepada isi rumah dalam kategori B40 yang tidak dikenakan cukai.

 

Ketiga, kita perlu mengatasi krisis ini dengan sistem penjagaan kesihatan yang lebih baik kepada golongan berisiko, terutamanya wanita. Ini amat kritikal kerana sumber kesihatan awam kebanyakannya telah dialihkan bagi menangani pandemik, lantas mengurangkan sokongan bantuan kesihatan kepada komuniti yang berisiko.

 

Kita haruslah:

  • Memperkuatkan kapasiti penyedia panjagaan kesihatan utama dalam berhadapan dengan kes-kes keganasan rumahtangga dan keganasan berasaskan gender.
  • Memastikan kelangsungan Pusat Sehenti Krisis yang berterusan dan berfungsi di seluruh negara, termasuklah peruntukan bagi latihan dan anggota khusus yang mencukupi.
  • Merangka strategi nasional untuk mengurangkan kadar kematian ibu, sebagai sebahagian daripada rancangan jangka masa panjang untuk menambahbaik penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif bagi wanita dan kanak-kanak perempuan yang telah pun terkesan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan.
  • Pandemik telah menyebabkan ketidakseimbangan kepada komuniti yang berisiko, terutamanya wanita. Belanjawan 2021 haruslah membantu Malaysia mengatasi pandemik sebagai sebuah negara yang lebih baik untuk wanita.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Yap Lay Sheng, Senior Research and Advocacy Officer

laysheng@wao.org.my / 018 274 7042

 

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top