Skip to content

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen penting untuk memastikan sistem perundangan ditegakkan dan melindungi hak dan martabat wanita di Malaysia

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyarankan agar Jawatankuasa Dewan untuk bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial.

Dalam akhbar yang dikeluarkan oleh TheStar semalam, hanya lapan Jawatakuasa Pilihan Khas yang akan ditubuhkan dan jika diluluskan akan berkuat kuasa pada November akan datang. Manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial sedang dalam pertimbangan.

Langkah ini dilihat sebagai satu langkah yang regresif dalam memastikan hak dan martabat wanita diangkat dan dibela.

Malaysia baru-baru ini bergelut dengan pandemik yang menjejaskan ekonomi secara keseluruhannya. Dan wanita merupakan antara golongan rentan yang terjejas dari pelbagai sudut sama ada ekonomi, sosial dan keselamatan.

Oleh itu, Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini amat penting bukan sahaja untuk memastikan hak dan kehidupan wanita di Malaysia selamat dan terjamin, malah untuk membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memartabatkan hak wanita melalui undang-undang dan perubahan sistem amat dititiberatkan.

Penubuhan Jawatankuasa yang memberi fokus kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga wajib diberikan keutamaan dan kami beranggapan bahawa portfolio ini harus dikekalkan.

Kami juga difahamkan bahawa YB Puan Alice Lau Kiong Yieng (Ahli Parlimen Lanang) telah mencadangkan agar jawatankuasa pilhan khas ini ditubuhkan dan telahpun disokong oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Oleh itu, diharapkan agar Jawatankuasa Dewan yang terdiri daripada 6 Ahli Parlimen iaitu YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin (Ahli Parlimen Masjid Tanah), YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim (Ahli Parlimen Arau), YB Tuan Haji Abdul Latif Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kuala Krai), YB Dato’ Seri Tiong King Song (Ahli Parlimen Bintulu), YB Puan Alice Lau Kiong Yieng (Ahli Parlimen Lanang) dan YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Lumut) menyokong penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial.

 

###

Disokong oleh:

  1. Women’s Aid Organisation (WAO)
  2. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
  3. Sisters in Islam (SIS)
  4. Our Journey
  5. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  6. Justice for Sisters
  7. ENGENDER Consultancy

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer

rusnitajari@wao.org.my / 60133802287

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top