skip to Main Content

Di mana pemandiri keganasan rumah tangga boleh dapatkan pertolongan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Di Mana Pemandiri Keganasan Rumah Tangga Boleh Dapatkan Pertolongan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Tahun lalu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan, kes keganasan rumah tangga meningkat dengan ketara. Sekarang, kita berada dalam fasa 2.0 PKP, oleh itu sangat penting bagi pemandiri untuk mengetahui di mana mereka mendapatkan pertolongan keganasan rumah tangga semasa PKP.

Sekiranya anda mengalami keganasan rumah tangga, anda boleh mendapatkan perlindungan dan sokongan semasam PKP. Anda boleh membuat laporan polis, mendapatkan perintah perlindungan, dan mendapatkan rawatan perubatan. Sekiranya anda terperangkap, anda boleh terus menghubungi pihak polis di 999 untuk membantu anda. 

Dan jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami penderaan rumah tangga (Atau sebarang bentuk keganasan berasaskan gender), anda boleh memhubungi sumber seperti berikut untuk mendapatkan bantuan:

  • WAO Hotline: +603 7956 3488 (24 jam), TINA (WhatsApp): +6018 988 8058 (24 jam)
  • Talian Kasih 15999 (24 jam) / +6019 2615999 (WhatsApp)
  • TELENISA Hotline & Whatsapp: +6012 812 3424
  • All Women’s Action Society (AWAM) Hotline & WhatsApp: +6016 237 4221
  • Women’s Centre For Change (WCC) Hotline: (WCC Penang) +6011 3108 4001 / 016428 7265 : (WCC Seberang/PPW) +6016 439 0698 / +6016 418 0342
  • SOLS Health: E-mel navigaide@sols247.org / +6018 900 3247
  • Befrienders KL: Telephone +603 7627 2929 (24 jam)
  • Malaysia Emergency Response Service (MERS): 999 (24 jam)

Anda juga boleh melayari wao.org.my untuk mendapatkan maklumat mengenai keganasan rumah tangga dan cara untuk mendapatkan pertolongan.

Kami juga menggesa agar jiran dan orang ramai untuk lebih berhati-hati.

Sekiranya anda menyaksikan atau mengesyaki berlaku keganasan rumah tangga, hubungi pemandiri ketika keadaan selamat, dan nasihat mereka untuk menghubungi WAO. Jika berlaku kecemasan, anda boleh menghubungi pihak polis (999). Sekiranya anda memerlukan maklumat, anda boleh menghubungi WAO.

Kami mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua barisan hadapan, termasuklah polis, pegawai kebajikan, dan pekerja hospital, atas khidmat bakti mereka ketika ini.

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

 

For more information, please contact:

Natasha Dandavati
natasha@wao.org.my

Rusni Tajari
rusnitajari@wao.org.my/  +6013 380 2287

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Back To Top