Skip to content

Hentikan Normalisasi Gangguan di Sekolah, Pelaku Harus Dipertanggungjawabkan

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa agar Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan  segera dalam menangani isu gangguan yang berlaku di sekolah dan menghentikan budaya rogol yang telah diinstitusikan. Ini untuk memastikan agar sekolah kekal menjadi tempat yang selamat bagi semua pelajar dan laporan mengenai gangguan serta keganasan seksual mesti ditangani dalam keadaan apa sekalipun.

Permintaan MoE untuk memberikan bukti walaupun telah banyak laporan dibuat oleh murid perempuan mengenai pemeriksaan haid yang dilakukan oleh guru mereka, dan respon terhadap laporan polis yang oleh seorang pelajar berusia 17 tahun terhadap guru lelaki yang melakukan ‘jenaka’ rogol serta rakan sekolah yang menghantar ugutan rogol adalah bukti bahawa sistem yang ada telah melindungi pelaku secara konsisten. Ini sangat menyedihkan kerana terdapat pengabaian yang jelas terhadap keselamatan kanak-kanak dan amalan yang tidak mempercayai pemandiri.

Pihak berkuasa secara rasmi mengatakan bahawa ugutan rogol adalah satu gurauan secara tidak langsung menormalisasikan budaya rogol. Ugutan sebegini merupakan salah satu bentuk gangguan seksual, yang merupakan produk budaya rogol. Penerimaan sebegini di peringkat atasan akan mengekalkan amalan keganasan terhadap wanita, dan mengurangkan keberkesanan mekanisme dalam membuat laporan.

Sehubungan dengan itu, kami menggesa agar pihak kementerian yang berkaitan dan pihak berwajib untuk menghentikan normalisasi budaya rogol dan gangguan di sekolah dan menangani amalan tidak mempercayai pemandiri. Selain itu, amalan membuat laporan dengan selamat bagi pemandiri keganasan atau gangguan yang tampil ke hadapan mesti ditubuhkan dan siasatan secara telus dan bersifat mesra pemandiri wajar dijalankan. Kita harus memastikan pelaku bertanggungjawab atas tindakan mereka, dan bukannya membebaskan mereka dan menyalahkan mangsa.

Guru adalah figura yang mempunyai otoriti dan dijadikan sebagai contoh di sekolah, memikul tanggungjawab yang beretika bagi melindungi pelajar dan memastikan membawa mesej yang bertangungjawab. Program latihan guru mesti mengambil serius garis panduan gangguan seksual dan memperbaiki jurang yang ada untuk menjadikan sekolah adalah tempat selamat bagi anak-anak kita.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer
rusnitajari@wao.org.my / 60133802287

Kiran Kaur, Advocacy Officer
kirankaur@wao.org.my / 60167233247

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top