Skip to content

Joint Press Statement – International Women’s Day 2003

WAO & AWAM on International Women’s Day 2003, Kuching

Kenyataan Akhbar Bersama – WAO & AWAM, Hari Wanita Antarabangsa 2003, Kuching

Women’s Aid Organisation (WAO) and All Women’s Action Society (AWAM) are happy to once again work with 3R to make this year’s International Women’s Day’s celebration a success. Not only that, this year we are also carrying our activism to Sarawak, and partnering with NGOs in Kuching, particularly Sarawak Women for Women Society (SWWS), to broaden the network in the campaign against Violence Against Women. This is to recognise, widen and strengthen the solidarity between women’s organisations in East and West Malaysia.

The theme for 2003’s campaign aims to elicit positive action by members of the public through various activities organised: legal clinics where information can be attained on help available in violence against women situations; rape workshops at various education institutions aimed at increasing the level of awareness and understanding on the issue of rape; clothesline project where stories of survivors are given visibility; scrapbook and banner to provide a space for women and men to “stamp out violence”; signature campaign to change the laws relating to rape; marching band and traditional music performances by students of several schools in Kuching to express their stand against gender-violence; and informational booths by NGOs from East as well as West Malaysia on violence against women.

One of WAO’s main focuses is on domestic violence and it is WAO’s fundamental belief that no one deserves to be battered. In 2001, there were 3107 reported cases of domestic violence in Malaysia; and from January to April 2002 alone, there were 1036 reported cases. From our advocacy and social work, we discovered the different procedures in implementation of the Domestic Violence Act at different geographical locations and its varied impact on the levels of protection received by domestic violence survivors. As such, we are looking forward to working with the Sarawakian NGOs to further our understanding on the situation there, locate best practices and narrow the gap in agencies’ performances. Not only that, we recognise that there are many members of the public who are unaware of how the Domestic Violence Act can help them, and aims to address this through the legal clinic by being an accessible point of information. We urge everyone to get to know the issue by talking to an officer there or picking up an informational brochure or self-help booklet; not to stay silent about the violence and expect protection and adequate services from government agencies.

AWAM’s focus is on eliminating rape and the various activites planned for this year’s International Women’s Day is to help bring further visibility and understanding on the issue, encourage action by civil society and urging a rape-free society. This also reflects AWAM’s firm belief that the elimination of violence in society is not only the responsibility of women, but of all members of the community as a whole. The number of reports of rape continues to remain high, with 1386 cases reported in 2001, an average of almost 4 cases per day. As part of AWAM’s efforts in advocating for legal reform in rape, there will also be a signature campaign during the International Day event.

Both WAO and AWAM will like to place on record our thanks for the generous support in terms of funding and sponsorship from the Ministry of Women and Family Development, Kotex and Air Asia.

The responsibility of eliminating Violence Against Women lies in everyone. Join WAO and AWAM this International Women’s Day to educate yourself about the issue, break the silence and take positive action to end violence against women.


KENYATAAN AKHBAR BERSAMA
18 February 2003

WAO & AWAM – Hari Wanita Antarabangsa 2003, Kuching

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan All Women’s Action Society (AWAM) dengan sukacitanya dapat bekerjasama dengan 3R sekali lagi untuk sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini. Kami juga amat berbangga untuk membawa aktivisma kami ke Sarawak dan bekerjasama dengan para NGO di Kuching, terutama sekali Sarawak Women for Women Society (SWWS). Ini juga adalah peluang bersama untuk meluaskan kempen dan solidaritas di antara pertubuhan-pertubuhan wanita di Semenanjung Malaysia dan Sarawak untuk menangani keganasan terhadap wanita.

Tema kempen 2003 bertujuan untuk mendapatkan tindakan positif daripada orang awam melalui beberapa aktiviti: klinik bantuan guaman di mana maklumat tentang bantuan sediaada dalam situasi keganasan terhadap wanita boleh didapati; bengkel keganasan seksual di beberapa institusi pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam isu ini; projek “clothesline” di mana pengalaman mangsa keganasan seksual di beri visibiliti; “scrapbook
dan “banner” untuk memberi ruang kepada orang awam untuk “stamp out violence” atau menghentikan keganasan; kempen tandatangan untuk membawa pindaan kepada undang-undang mengenai rogol; persembahan pancaragam dan muzik tradisional oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Kuching untuk menunjukkan pendirian mereka mengenai keganasan gender; dan kaunter maklumat oleh NGO dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak untuk menangani Keganasan Terhadap Wanita.

Salah satu daripada fokus WAO ialah keganasan rumahtangga dan pendirian asas WAO ialah tiada sesiapa yang patut didera. Pada tahun 2001, terdapat 3107 kes keganasan rumahtangga yang dilaporkan dan dari bulan Januari ke April 2002, sebanyak 1036 kes dilaporkan. Daripada perhatian kami, didapati bahawa pelaksanaan Akta Keganasan Wanita adalah berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain dan akibat itu, kesan kepada perlindungan yang diberi kepada mangsa keganasan rumahtangga juga adalah berlainan. Kami juga bergembira dengan kesempatan untuk bekerjasama dengan para NGO di Sarawak untuk meluaskan pemahaman kami tentang situasi di sana. Kami berharap untuk mempelajari pelaksanaan terbaik dan menggalakkan penyelarasan khidmat di semua agensi-agensi yang berkaitan. Kami juga sedar bahawa ramai orang tidak tahu mengenai wujudnya Akta Keganasan Rumahtangga dan bagaimana ia boleh membantu seseorang mangsa, dan inilah peluang untuk memberi kesedaran dan pendidikan melalui klinik bantuan guaman. Kami ingin menggalakkan orang ramai untuk mengenal dengan lebih mendalam tentang isu ini dan bertemu dengan pegawai di klinik tersebut atau mengambil risalah dan buku panduan bantu diri yang terdapat di kaunter maklumat. Selain itu kami juga mendesak orang ramai agar sekiranya kita mengalami atau dapat tahu mengenai seseorang yang didera, bersuara dan mendapatkan perlindungan dan khidmat sewajarnya daripada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Aktiviti AWAM untuk Hari Wanita Sedunia ini pula tertumpu kepada pembasmian rogol. Selain daripada manjalankan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai isu ini, AWAM juga akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan tindakan oleh orang ramai dan mendesak pembangunan masyarakat yang bebas dari rogol. Ini mencerminkan pendirian tegas AWAM bahawa tanggungjawab menentang keganasan terhadap wanita ini bukannya terletak di bahu wanita sahaja tetapi pada masyarakat secara keseluruhan. Pada tahun 2001 sebanyak 1386 kes dilaporkan, secara purata hampir 4 kes sehari. Salah satu daripada usaha AWAM untuk membawa pindaan kepada undang-undang tentang rogol adalah kempen tandatangan keganasan seksual yang akan diadakan pada hari itu.

Pihak WAO and AWAM ingin merakamkan penghargaan kami ke atas sokongan yang diberikan dari segi kewangan dan tajaan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kotex dan Air Asia. Tanggungjawab menentang keganasan terhadap wanita adalah tanggungjawab semua. Marilah bersama dengan kami pada Hari Wanita Sedunia ini untuk Berilmu, Bersuara dan Bertindak.

Comments (0)

Leave a Reply

Back To Top