Skip to content

Kenyataan 100 kumpulan wanita, kanak-kanak, kesihatan dan masyarakat madani dan individu – bantahan pelantikan Shahidan Kassim dalam jawatankuasa hal ehwal wanita dan kanak-kanak

Kami – seperti disenaraikan di bawah – membantah sekeras-kerasnya pelantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Hal Ehwal Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial. Kami mengambil maklum Datuk Seri Shahidan Kassim kini telah meminta untuk digugurkan daripada jawatankuasa ini.

Pada tahun 2018, Datuk Seri Shahidan Kassim telah didakwa atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun – di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Dakwaan tersebut kemudiannya digugurkan pada tahun 2019 selepas aduan ditarik semula – akan tetapi Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dibebaskan.

Ini menimbulkan keraguan serius ke atas kredibiliti Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berkhidmat di dalam jawatankuasa ini, yang mana ianya bertanggungjawab untuk meneliti undang-undang mengenai keganasan berasaskan gender dan penderaan kanak-kanak.

Tambahan lagi, Ahli Parlimen Arau itu sebelum ini pernah membantah pembentukan jawatankuasa pilihan parlimen bagi wanita dan kanak-kanak.

Pada ketika hak asasi wanita dan kanak-kanak mengalami kesan buruk akibat daripada pandemik, amat penting untuk kita melantik ahli parlimen yang berkredibiliti, dengan kepakaran yang relevan dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada hak asasi kanak-kanak dan kesaksamaan gender di dalam jawatankuasa ini.

Kami menyeru:

  1. Barisan Nasional dan Perikatan Nasional untuk menarik balik pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim secepat mungkin, dan meminta maaf atas keterlanjuran ini. Kami menyeru pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menangani perkara ini.
  2. Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial, Datuk Seri Azalina Othman – untuk membantah pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.
  3. Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun untuk menilai semula ketelusan proses pelantikan dan melaksanakan pembaharuan bagi menjaga integriti jawatankuasa pilihan parlimen.

Malaysia telah pun meratifikasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC). Agensi-agensi kerajaan dan petugas barisan hadapan telah berhempas-pulas mendedikasikan tugas mereka dalam melawan penderaan kanak-kanak – termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, dan Pusat Sehenti Krisis (OSCC) di hospital-hospital awam.

Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim bagi jawatankuasa pilihan ini bertentangan dengan komitmen dan prinsip-prinsip ini.

Penyataan ini disokong oleh organisasi dan individu di bawah:

Women’s & Gender Equality Groups 

  1. Women’s Aid Organisation (WAO)
  2. All Women’s Action Society (AWAM)
  3. Association of Women Lawyers (AWL)
  4. EMPOWER Malaysia
  5. Family Frontiers
  6. Inner Wheel Club of KL
  7. KRYSS Network
  8. MiWEPs – Malaysian Organisation for Development of Indian Women in Career, Entrepreneur and Professionals
  9. Perak Women for Women Society (PWW)
  10. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  11. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)
  12. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
  13. SERAMAS
  14. SERATA
  15. Sisters in Islam
  16. Tenaganita
  17. The 111 Initiative
  18. The KL & Selangor Chinese Assembly Hall Women Division
  19. Women’s Centre for Change (WCC)

 

Children’s Groups 

  1. ANAK
  2. Asia Community Service
  3. Bold Association for Children with Special Needs Penang
  4. Childline Foundation
  5. ECCE Council
  6. End CSEC Malaysia
  7. Global Shepherds
  8. Malaysian Child Resource Centre
  9. Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM)
  10. Methodist Care Centre (Sibu)
  11. National Early Childhood Intervention Council (NECIC)
  12. New Horizons Society Early Intervention Centre
  13. Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang
  14. Persatuan CHILD Sabah
  15. Persatuan Pendidikan D’wira Kuching
  16. Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
  17. Pertubuhan Pendidikan Anak Cahaya Sabah (Cahaya Society)
  18. Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal
  19. Persatuan Tadika Malaysia
  20. Persatuan Tadika Islam
  21. PS the Children
  22. SPICES Early Intervention Centre
  23. SPOT Community Project
  24. Toy Libraries Malaysia
  25. Vanguards4Change
  26. Voice of the Children
  27. Yayasan Chow Kit

 

Health Groups 

  1. Federation of Reproductive Health Associations, Malaysia (FRHAM)
  2. Health Equity Initiatives
  3. Malaysian Medical Association Public Health Society
  4. Persatuan WeCareJourney
  5. PT Foundation
  6. Reproductive Health Association of Kelantan (ReHAK)
  7. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)

 

Other Groups 

  1. Agora Society Malaysia
  2. Aliran
  3. Amnesty International Malaysia
  4. BERSIH 2.0
  5. Beyond Borders Malaysia
  6. Buku Jalanan Chow Kit
  7. CBR Network Malaysia
  8. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  9. GoJob MY
  10. Justice for Sisters
  11. Malaysian Association of Social Workers (MASW)
  12. Make it Right Movement (MIRM)
  13. Opis International
  14. Our Journey
  15. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
  16. Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM)
  17. Persatuan Kebajikan Biji Sawi (Mustard Seed Soup Kitchen)
  18. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham)
  19. Pusat KOMAS
  20. Sabah Human Rights Centre
  21. Sabah Reform Initiative (SARI)
  22. Sahabat Alam Malaysia
  23. Sustainable Development Network Malaysia
  24. Third World Network

 

Individu

  1. Dato’ Dr Amar-Singh HSS
  2. Azira Aziz
  3. Azimy Wan Ahmad
  4. Datuk Dr Chiam Heng Keng
  5. Dr Chin Saw Sian
  6. Goh Siu Lin
  7. Hasan Al-Akraa
  8. Ivy N Josiah
  9. Jac sm Kee
  10. Jennifer Liew
  11. Dr Lai Suat Yan
  12. Dr Maria Rufina
  13. Dr Nawar Mani
  14. Priscilla Shim
  15. Prudence Lingham
  16. Raymund Jagan
  17. Dr Ruhana Padzil
  18. Dr Rusaslina Idrus
  19. Dr Shanthi Thambiah
  20. Dr Siti Noraida Habibullah
  21. Sivasangaran Kumaran
  22. Wan Nordiyawati Wan Omar
  23. Zarina Ismail Tom

 

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi renchung@wao.org.my, 016 718 3247

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top