Skip to content

Lebih Dari 50% Wanita di Malaysia Mengalami Diskriminasi Gender di Tempat Kerja

Kajian Penyelidikan Terbaru oleh Women’s Aid Organisation (WAO) dan agensi penyelidikan Vase.ai menyokong seruan untuk meminda Akta Pekerjaan 1955

56% wanita di Malaysia pernah mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk diskriminasi di tempat kerja, menurut tinjauan “Suara Wanita di Malaysia mengenai Diskriminasi & Gangguan di Tempat Kerja” yang dijalankan oleh Women’s Aid Organisation (WAO) dengan kerjasama agensi penyelidikan Vase.ai. Ini termasuklah menerima komen atau soalan mengenai status perkahwinan atau perancangan untuk berkeluarga, kenaikan pangkat diserahkan kepada rakan sekerja yang kurang berkelayakan, dan diminta untuk menjalankan tugas yang tidak dilakukan oleh pekerja lelaki, seperti membancuh kopi dan menyiapkan minuman.

Tinjauan ini berdasarkan pandangan dari 1,010 wanita di Malaysia, untuk memahami keadaan dan pengalaman wanita dengan gangguan dan diskriminasi di tempat kerja. 

Ketua Kempen WAO, Natasha Dandavati, menekankan bahawa 47% wanita pernah ditanya mengenai status perkahwinan semasa melalui proses temuduga kerja, manakala 1 daripada 5 wanita pernah ditanya mengenai kemampuan mereka melakukan tugas-tugas tertentu sebagai seorang wanita. Kira-kira 55% wanita mengatakan bahawa suami mereka diberikan cuti paterniti kurang dari satu minggu atau tidak ada cuti paterniti, 55% pula mengatakan cuti paterniti yang diberikan tidak mencukupi. 

Menurut WAO, keputusan hasil tinjauan menyokong keperluan yang kritikal dalam perubahan dasar – termasuklah meluluskan Pindaan Akta Pekerjaan 1955 pada sesi Parlimen akan datang.

“Ada keperluan bagi peruntukan untuk melindungi diskriminasi terhadap gender, serta cuti bersalin, cuti paterniti, dan dasar lain yang memberikan tanggungjawab penjagaan bersama yang lebih setara dan yang mampu mengekalkan wanita dalam tenaga kerja” Sumitra berkata.

Menurut Bank Dunia, kadar penyertaan tenaga buruh wanita pada tahun 2019 adalah 55%, jauh di bawah kadar penyertaan tenaga kerja lelaki sebanyak 81%. Diskriminasi, gangguan dan beban penjagaan tidak berbayar ke atas wanita antara punca utama penyertaan wanita dalam tenaga buruh semakin rendah, dan ini memberi kesan kepada kedua-dua golongan wanita samada yang bekerja dan yang masih mencari pekerjaan.

Sejajar dengan peluncuran penemuan kajian tinjauan ini, WAO mengulangi seruan untuk lima pindaan utama dalam Akta Pekerjaan 1955 dalam sidang Parlimen pada November akan datang, iaitu:

  1. Perkenalkan sekurang-kurangnya tujuh hari cuti paterniti berbayar di sektor swasta;
  2. Memanjangkan cuti bersalin berbayar di sektor swasta dari 60 kepada 90 hari;
  3. Perkenalkan larangan diskriminasi berasaskan gender, kaum, agama, dan status ketidakupayaan bagi pekerja dan pencari kerja
  4. Perkenalkan hak untuk memohon waktu kerja yang fleksibel dan dilindungi dari diskriminasi terhadap permohonan waktu kerja fleksibel; 
  5. Perkukuhkan perlindungan terhadap gangguan seksual dalam Akta Pekerjaan 1955, selain dari  meluluskan Akta Gangguan Seksual.

Hasil tinjauan lengkap boleh didapati di: https://vase.ai/resources/womens-rights/. Laporan WAO mengenai hasil tinjauan boleh di dapati di sini.

Tinjauan ini dikelola oleh Vase.ai, sebuah syarikat penyelidikan pengguna digital terkemuka di malaysia. Sejak ditubuhkan, ia telah memberikan pandangan kepada lebih dari 100 pengusaha dan GLCs, dan pandangan mengenai data umum sering diterbitkan dalam penerbitan utama.

Every” oleh Vase.ai merupakan platform inovasi pengguna yang membolehkan organisasi untuk berinovasi bersama dengan pengguna dalam masa-nyata (real-time). Every juga boleh digunakan untuk pemilihan pendapat masyarakat dengan cepat, dengan kemampuan mengumpulkan pendapat dari 1,000+ wakil rakyat Malaysia dengan hanya beberapa jam. Organisasi menggunakan Every untuk membina produk, jenama dan dasar awam yang lebih baik bersama-sama dengan rakyat, untuk rakyat.

Dengan Every, Inisiatif Kepercayaan-Data Vase ditubuhkan. Misi Inisiatif Kepercayaan-Data Vase adalah untuk membuka kumpulan data peneylidikan dalaman kepada orang awam dan membolehkan organisasi untuk menganalisis, mencari pandangan, dan menerbitkan keputusan/hasil kajian.

Responden bagi hasil tinjauan ini adalah secara rawak diambil berdasarkan analisis ramalan. Responden berumur antara 24 hingga 55 tahun adalah kuota sampel berdasarkan statistik bancian kaum dan wilayah mengikut gender. Responden juga hendaklah aktif dalam tenaga buruh dalam tempoh lima tahun terakhir untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini. 

“Dengan perubahan pesat yang berlaku di sekeliling kita, kami menyasarkan untuk mengambil pendapat pengguna dengan cepat dan mudah diakses oleh semua, terutamanya untuk membantu keputusan dan dasar berasaskan data-drive untuk semua entiti” kata Julie Ng, Pengasas bersama Vase.ai.

Kaji selidik ini merupakan sebahagian daripada kempen #ABetterCountryForWomen yang dikonseptualisasikan oleh WAO dan agensi perhubungan awam dan komunikasi, Perspectives Strategies, untuk menyeru pindaan Akta Pekerjaan 1955. Kerja-kerja advokasi WAO juga disokong oleh Yayasan Sime Darby.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan wanita telah menyediakan rumah perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di talian 03 7956 3488 atau SMS/Whatsapp TINA di talian 018 988 8058 jika anda atau kenalan anda sedang mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, lawati https://wao.org.my

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Natasha Dandavati, Head of Campaigns

natasha@wao.org.my  

 

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer

rusnitajari@wao.org.my / 60133802287

Comments (0)

Leave a Reply

Back To Top