Skip to content

Menjejaki Kes Pembunuhan Disebabkan Keganasan Rumahtangga

Pada hari Isnin (1 Mac), seorang wanita telah ditembak oleh suaminya di Johor Bahru. Seminggu kemudian di Tawau, seorang lelaki menetak leher isterinya yang sedang hamil, sekaligus menyebabkan kematian.

Pembunuhan sebegini bukanlah insiden terpencil, tetapi ini telah menunjukkan satu trend yang lebih luas; seringkali pembunuhan yang dilakukan ke atas wanita adalah hasil daripada keganasan rumahtangga.

Kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2018 mendapati 58% kes pembunuhan wanita yang direkodkan di seluruh dunia adalah dilakukan oleh pasangan intim atau ahli keluarga, ini juga menyimpulkan bahawa rumah merupakan tempat paling berbahaya bagi wanita.

Di Malaysia, Akta Keganasan Rumahtangga merangkumi kecederaan fizikal atau emos, dipaksa melakukan hubungan seksual dan sebaliknya, menahan, dan tindakan lain yang berbentuk keganasan rumahtangga. Namun, bunuh tidak dinyatakan sebagai salah satu bentuk keganasan rumahtangga, dan dengan demikian, hanya sedikit laporan rasmi  atau statistik kematian akibat dari keganasan rumahtangga  yang dapat diakses secara terbuka.

WAO memohon agar Polis Diraja Malaysia segera untuk mendokumentasikan dan mengesan pembunuhan yang berkaitan dengan keganasan rumahtangga, serta mempraktikkan protokol yang lebih ketat dan jelas dalam mengendalikan kes seperti ini.

Sebagai langkah segera, kami mendesak agar Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan analisis terhadap semua kes pembunuhan dalam lima tahun kebelakangan ini, bagi melihat berapa banyak pembunuhan yang dilakukan oleh pasangan intim atau ahli keluarga. Tanpa mengesan pembunuhan yang berkaitan dengan keganasan rumahtangga secara tepat, kita berisiko meremehkan kelaziman dan meminimumkan betapa seriusnya keganasan rumahtangga secara keseluruhan — yang pada akhirnya mempengaruhi pemahaman kita mengenai keganasan rumahtangga di Malaysia.

Keganasan rumahtangga merupakan kejadian berulang yang semakin meningkat dari masa ke semasa; pembunuhan selalunya adalah hasil daripada penderaan yang berpanjangan, dan dirancang dan bukannya “jenayah keghairahan” yang sering dipopularkan.

Mengkelaskan pembunuhan sebagai keganasan rumahtangga adalah suatu bentuk pengiktirafan secara formal bahawa perkara ini adalah merupakan peringkat akhir dalam siri penderaan yang semakin meningkat. Ini sangat penting bagi responden pertama seperti polis, untuk mengesan dan bertindak secara tepat terhadap kes-kes keganasan rumahtangga yang berulang – kerana keganasan akan terus meningkat seiring dengan waktu, ini juga membolehkan polis untuk mengenalpasti kes yang berisiko tinggi dan bertindak dengan sewajarnya untuk menyelamatkan nyawa.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Isabel Chung, Research and Advocacy Officer
isabelchung@wao.org.my / 017 298 7862

Comments (0)

Leave a Reply

Back To Top