skip to Main Content

Pengalaman dan Persepsi Wanita terhadap Gangguan Seksual Menandakan Keperluan yang Mendesak untuk Penggubalan Akta Gangguan Seksual

Pengalaman Dan Persepsi Wanita Terhadap Gangguan Seksual Menandakan  Keperluan Yang Mendesak Untuk Penggubalan Akta Gangguan Seksual

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Vase.ai, sebuah firma kajian menunjukkan wujudnya keperluan yang mendesak bagi penggubalan undang-undang gangguan seksual. The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) mendesak kerajaan untuk meneruskan usaha membantangkan rang undang-undang ini pada persidangan Parlimen yang seterusnya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat untuk wanita.

Pada minggu lepas, Vase.ai dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) telah mengumumkan keputusan tinjauan bersama, “Suara Wanita Malaysia terhadap Diskriminasi dan Gangguan di Tempat Kerja.” Tinjauan ini adalah berdasarkan pendapat 1,010 orang wanita Malaysia, dalam usaha untuk memahami kelaziman dalam pengalaman wanita mengenai diskriminasi dan gangguan di tempat kerja. Selain bertujuan untuk menyokong keperluan perubahan polisi yang memberikan kesaksamaan gender di tempat kerja, hasil tinjauan ini juga menunjukkan keperluan bagi Akta Gangguan Seksual yang akan memberi perlindungan kepada mangsa gangguan seksual dalam apa jua konteks.

Pengalaman wanita dalam menghadapi gangguan seksual

Secara keseluruhan, 62% wanita yang ditinjau berkata mereka pernah mengalaminya dalam satu atau pelbagai bentuk gangguan seksual di tempat kerja, menunjukkan majoriti wanita di Malaysia pernah mengalami gangguan seksual di tempat kerja.

39% pernah berhadapan dengan jenaka atau inuendo seksual yang menyinggung, 24% pernah disentuh atau dipegang, 22% pernah menerima gerak tubuh atau pandangan seksual, 18% pernah dihendap, dan 16% pernah mengalami gangguan seksual secara verbal.

Persepsi wanita terhadap gangguan seksual

Walaupun para wanita ini telah diberitahu mengenai jenis perlakuan spesifik yang menjelaskan mengenai gangguan seksual dan 62% wanita mengakui bahawa mereka pernah berhadapan dengan perlakuan-perlakuan ini sekali atau lebih, apabila ditanya sama ada mereka pernah berhadapan dengan gangguan seksual sebelum ini, hanya 21% wanita mengakui pernah mengalami gangguan seksual.

Tambahan lagi, apabila diberi contoh perlakuan yang  dikira sebagai gangguan seksual, wanita kebiasaannya mengkategorikan perlakuan tersebut sebagai “tidak profesional,” dan bukannya gangguan seksual. Secara spesifiknya:

  • 52% wanita tidak beranggapan perlakuan menyarankan rakan sekerja untuk menggoda pelanggan/ bakal pelanggan sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
  • 42% wanita tidak beranggapan perlakuan menghendap sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
  • 50% wanita tidak beranggapan menggoda pelanggan yang telah menolak sebarang cadangan secara berulang-kali sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
  • 12% wanita tidak beranggapan bahawa melakukan gerak tubuh, isyarat atau pandangan yang berbaur seksual sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
  • 11% wanita tidak beranggapan perlakuan menghantar atau menerima emel, buletin atau gambar yang berbaur seksual kepada seseorang sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
  • 9% wanita tidak beranggapan perlakuan menggoda secara seksual ke atas pihak yang tidak memberi kerelaan sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
  • 16% wanita tidak beranggapan perlakuan mengeluarkan kenyataan berbaur seksual kepada sesiapa sahaja yang tidak merelakannya sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
  • 33% wanita tidak beranggapan sesorang yang membuat jenaka atau inuendo berbaur seksual sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
  • 15% wanita tidak beranggapan sentuhan yang tidak diundang atau secara paksa sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.

Statistik ini menunjukkan percanggahan antara pengalaman wanita yang pernah mengalami gangguan seksual dan persepsi mereka mengenai apa itu gangguan seksual lantas menunjukkan wujudnya keperluan untuk Akta Gangguan Seksual untuk mentakrifkan apa itu gangguan seksual dan menyediakan mekanisme penyelesaian, serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu ini dan memberikan mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa gangguan seksual adalah satu kesalahan,

Akta Gangguan Seksual bukan sahaja akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan mangsa gangguan seksual mengenai apa yang mereka alami, malah dalam kalangan pelaku kesalahan yang mungkin sudah mempunyai tabiat kebiasaan melakukan gangguan.

Malaysia Temperature Check,” sebuah tinjauan dengan kerjasama Vase.ai, WAO, Undi18 dan Architects of Diversity telah mendapati 89% rakyat Malaysia bersetuju bahawa kita memerlukan lebih banyak polisi bagi memastikan wanita tidak dijadikan subjek kepada gangguan seksual dalam apa jua konteks.

JAG menggesa kerajaan untuk bertindak berdasarkan hasil tinjauan yang telah menggarisbawahkan pengalaman ramai wanita Malaysia dengan membahaskan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual ketika sesi Parlimen yang akan datang.

Tinjauan “Suara Wanita Malaysia terhadap Diskriminasi dan Gangguan di Tempat Kerja” telah dijalankan oleh panel atas talian Vase.ai menggunakan kaedah pengsampelan kuota aktif di mana hanya individu yang dihubungi sahaja dibenarkan untuk menyertai. Responden berusia antara 24 – 55 tahun merupakan kuota sampel berdasarkan statistik sensus bangsa dan kawasan berdasarkan gender. Tambahan lagi, responden-responden ini juga merupakan responden yang aktif di dalam tenaga kerja dalam masa lima tahun sebelumnya bagi melayakkan mereka untuk menyertai tinjauan ini.

Hasil tinjauan lengkap boleh didapati di: https://vase.ai/resources/womens-rights/.

 

###

Diakui oleh ahli organisasi JAG:

  1. All Women’s Action Society (AWAM)
  2. Association of Women Lawyers (AWL)
  3. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
  4. Justice for Sisters
  5. KRYSS Network
  6. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  7. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  8. Perak Women for Women (PWW)
  9. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  10. Sarawak Women for Women Society (SWWS)
  11. Sisters in Islam (SIS)
  12. Tenaganita
  13. Women’s Aid Organisation (WAO)
  14. Women’s Centre for Change (WCC) Penang

###

Tentang Joint Action Group for gender Equality (JAG)

The Joint Action Group for gender Equality (JAG) merupakan gabungan 14 buah organisas-organisasi hak wanita di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Sejak 1985, kami berjuang untuk kesemarataan gender dan keadilan sosial di Malaysia mengikut rangka kerja feminis. Kami menggunakan kuasa kami untuk mempelbagaikan kepakaran dan menguatkan suara wanita bagi meningkatkan kesedaran umum dan mendokong perubahan undang-undang. Kami memegang piawaian berdasarkan hak asasi antarabangsa dalam mempromosi keadilan, kesamarataan, dan tanpa diskirminasi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Natasha Dandavati, Head of Campaigns

natasha@wao.org.my 

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer

rusnitajari@wao.org.my/ 60133802287

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top