Skip to content

Pindaan Akta Kerja: Peruntukan cuti bersalin masih terpakai kepada semua pekerja yang bersalin

Jika anda adalah seorang pekerja yang sedang mengandung – sama ada anda berpendapatan  lebih RM2,000 dan ke bawah – yakinlah bahawa anda masih layak untuk mendapat cuti bersalin dan elaun. 

Pada sidang Parlimen 2021 yang lepas, kerajaan telah membentangkan Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Kerja 1955. Antara perubahan penting yang diperkenalkan seperti menaikkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari, melarang penamatan atas dasar kehamilan, dan memperkenalkan 3 hari cuti paterniti.

RUU ini juga telah memansuhkan seksyen 44A dalam Akta Kerja. Pada masa ini, seksyen 44A melanjutkan kelayakan cuti bersalin dan elaun kepada pekerja yang bersalin tanpa mengira tahap gaji (sama ada lebih RM2,000 atau ke bawah). Penyata Penjelasan (Explanatory Statement) RUU menyatakan hasrat kerajaan untuk meluaskan penggunaan Akta kepada semua pekerja tanpa mengira gaji, namun ini tidak dijelaskan di mana pindaan itu akan dilakukan. 

Disebakan itu, terdapat kebimbangan – jika seksyen 44A dimansuhkan, adakah cuti bersalin dan elaun hanya diberikan kepada pekerja yang berpendapatan kurang daripada RM2,000?

Oleh itu, Women’s Aid Organisation (WAO) telah meminta penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia – dan pihak Kementerian telah mengesahkan bahawa kelayakan kepada cuti bersalin dan elaun masih terpakai kepada semua pekerja tanpa mengira gaji. 

Pihak kementerian telah mengesahkan bahawa perintah Menteri (menurut subseksyen 2 (2) Akta Kerja) akan dibuat untuk meminda Jadual Pertama Akta Kerja bagi membolehkan semua peruntukan dalam akta tersebut digunakan secara am kepada pekerja (melainkan dikecualikan secara khusus). Ini disahkan melalui emel daripada Kementerian kepada WAO, serta dalam pertemuan bersama dengan Menteri Sumber Manusia. 

 

###

 Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Kiran Kaur, Advocacy Officer
kirankaur@wao.org.my / 0167233247

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer
rusnitajari@wao.org.my  / 0133802287

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top