Skip to content

Temu janji berasaskan Transaksi: Fokus kepada Hak dan Peluang Pelajar dan Anak Muda

Baru-baru ini data yang dikeluarkan oleh platform ‘sugar dating’ – mendakwa lebih 400,000 ahli aktif di Malaysia, ini termasuklah pelajar universiti – seterusnya menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat.

Ramai yang membuat penilaian moral terhadap aplikasi tersebut dan juga penggunanya. Oleh itu, Kami menggesa agar kerajaan, universiti dan masyarakat untuk lebih memfokuskan kepada hak pelajar dan akses mereka kepada sumber kewangan.

Temu janji berasaskan transaksi atau ‘sugar dating’, biasanya sering dicirikan kepada golongan yang lebih tua, atau orang kaya yang boleh memberikan sokongan kewangan kepada orang muda sebagai pertukaran dalam perhubungan.

‘Sugar dating’ mungkin merupakan pilihan bagi sesetengah orang, dan jalan kepada kebebasan kewangan; dalam masa yang sama, kita perlu menangani kesenjangan dan tekanan yang mendorong pelajar untuk membuat pilihan sebegini.

Daripada mengharamkan aplikasi ‘sugar dating’ ini, kita seharusnya meneroka langkah-langkah untuk memastikan peluang dan hak yang lebih baik untuk pelajar dan anak muda. Ini termasuklah bantuan kewangan yang menyeluruh dalam pembelajaran, peluang pekerjaan dan latihan kemahiran, dan jaringan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh.

Pengharaman aplikasi boleh menyebabkan kehilangan punca sumber kewangan yang secara tiba-tiba kepada pelajar dan anak muda yang menggunakan aplikasi ini, dan boleh mendorong mereka untuk melakukan temu janji berasaskan transaksi yang lebih berbahaya dan berisiko – sekaligus menyebabkan pelajar dan anak muda terdedah kepada penderaan. Sebaliknya, pihak berkuasa boleh memberi fokus kepada pelindungan data – untuk melindungi daripada pelanggaran privasi dan gangguan siber. 

Selain itu, kita harus meningkatkan pendidikan mengenai hak dan kesihatan reproduktif dan seksual  – termasuklah mengenai persetujuan dan autonomi badan – untuk membantu dan memberdaya pelajar dan anak muda dalam membuat keputusan yang selamat. 

 Tumpuan haruslah dijuruskan kepada hak dan sumber kewangan. Kita mesti mendengar dan menghormati pelajar dan anak muda – dan berusaha untuk memahami dengan lebih baik mengenai realiti dan keperluan kehidupan.

 

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Hannah Reshma Jambunathan
hannah@wao.org.my

Yu Ren Chung
renchung@wao.org.my / 016 718 3247

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top