skip to Main Content

WAO mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk menjadikan menghendap satu jenayah tanpa berlengah

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mengalu-alukan komitmen dari kerajaan untuk menjadikan menghendap (stalking) sebagai satu jenayah, dan akan membentangkan kertas dasar di Kabinet tahun ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Wira Mas Ermieyati, de-facto Timbalan Menteri Undang-Undang, dalam satu mesyuarat bersama pemegang taruh di Parlimen pada minggu lepas. 

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh agensi kerajaan termasuklah Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri.

Semasa mesyuarat tersebut, pemandiri menghendap telah berkongsi pengalaman mereka — termasuklah bagaimana mereka tidak dilindungi disebabkan oleh jurang undang-undang sedia ada. 

Sehingga undang-undang ini dipinda, pemandiri menghendap akan terus dibiarkan tanpa perlindungan yang mencukupi.

Oleh itu, kami menggesa agar kerajaan, tanpa berlengah, untuk meneruskan komitmen ini untuk menjadikan menghendap sebagai satu kesalahan. Kami juga menyeru agar Ahli-Ahli Parlimen untuk terus memberikan komitmen terhadap usaha ini. 

Kami akan terus memberikan kerjasama dengan kerajaan dan penggubal dasar untuk memastikan pindaan ini dapat dibuat. 


###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer
rusnitajari@wao.org.my / 013380228

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top