Skip to content

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) melancarkan program sukarelawan para-kaunseling

Siaran akhbar, 9 Mac 2015

Untuk maklumat lanjut: Kristine Yap, kristine.wao@gmail.com

PETALING JAYA. Pertolongan Wanita Pertubuhan (WAO) telah melancarkan program untuk melatih para-kaunselor sukarelawan, bagi membantu WAO memperluaskan lagi perkhidmatannya untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga.

Lebih 80 orang awam telah menghantar permohonan untuk menyertai program ini, dan pada Sabtu lepas, WAO telah menganjurkan satu taklimat untuk pemohon-pemohon.

Turut menghantarkan permohonnan adalah Kow Hui San, seorang pelajar ijazah dalam bidang psikologi. “Program ini adalah cara yang baik untuk individu seperti saya dalam membantu menyediakan perkhidmatan yang penting kepada wanita yang menghadapi keganasan rumah tangga.”

“Malah, latihan ini akan melengkapkan saya dengan kemahiran dan pengetahuan yang amat berguna untuk kerjaya saya,” kata beliau.

Sukarelawan akan diberi latihan selama 30 jam termasuk bengkel dan praktikum, dan belajar kemahiran seperti pendengaran berempati, penilaian risiko dan keperluan, dan pemahaman berkenaan keganasan terhadap wanita. Sesi-sesi latihan akan dikendalikan dan diselia oleh kakitangan profesional WAO, yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun di peringkat akar umbi. Satu prinsip yang ditekankan dalam latihan ini adalah autonomi wanita dan hormat kepada wanita.

Setelah tamat latihan, para-kaunselor akan membantu mengendalikan talian bantuan WAO (+603 7956 3488), yang bertindak sebagai hubungan pertama antara WAO dan wanita-wanita yang ingin mendapatkan bantuan. Latihan ini terdiri daripada enam sesi sepanjang tiga bulan.

Sumitra Visvanathan, Pengarah Eksekutif WAO berkata, “Jumlah pangilan talian bantuan yang kami terima semakin meningkat. Sukarelawan-sukarelawan ini akan membantu memastikan WAO boleh terus menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada sebanyak mana wanita yang boleh.”

“Kami telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap orang yang berminat mengambil bahagian dalam program ini.”

WAO menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga, termasuk pusat perlindungan sementara, kaunseling bersemuka dan menerusi telefon, dan perkhidmatan kerja sosial.

###

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top