skip to Main Content

Peruntukan Anti-Diskriminasi dalam Akta Pekerjaan mestilah dilanjutkan bagi Melindungi Pencari Kerja dan Memasukkan Status Ketidakupayaan

Peruntukan Anti-Diskriminasi Dalam Akta Pekerjaan Mestilah Dilanjutkan Bagi Melindungi Pencari Kerja Dan Memasukkan Status Ketidakupayaan

Kami, penandatangan seperti di bawah, mendesak Menteri Sumber Manusia untuk memasukkan pencari kerja dalam usul pindaan Akta Pekerjaan, untuk melindungi pencari kerja dari diskriminasi. Kami juga mendesak Menteri untuk memasukkan status ketidakupayaan sebagai perlindungan – selain dari gender, kaum, dan agama. 

Latarbelakang

Pada September 2018, Kementerian Sumber Manusia mencadangkan untuk meminda Akta Pekerjaan bagi melindungi pencari kerja dan pekerja dari diskriminasi — ini berdasarkan kepada gender, agama, kaum, ketidakupayaan, status perkahwinan, kehamilan dan bahasa. 

Walau bagaimanapun, pada Ogos 2019, Kementerian menyatakan perancangan untuk mengeluarkan pencari kerja dari peruntukan anti-dikriminasi. Ini bermakna bahawa individu yang mengalami diskriminasi semasa pengambilan kerja tidak akan dilindungi.

Tambahan pula, Kementerian juga ttelah mengesahkan bahawa peruntukan anti-diskriminasi yang diusulkan merangkumi gender, kaum dan agama sebagai alasan perlindungan – tetapi bukan status ketidakupayaan. 

Diskriminasi terhadap pencari kerja semakin berleluasa

Dalam tinjauan kajian terhadap 1,010 wanita Malaysia yang dijalankan oleh Women’s Aid Organisation (WAO) dan Vase.ai:

  • 47% responden ditanya mengenai status perkahwinan mereka semasa melalui proses temuduga
  • 22% ditanya mengenai kemampuan mereka melakukan tugas-tugas tertentu sebagai wanita
  • 15% ditanya mengenai perancangan untuk mempunyai anak
  • 13% ditanya adakah mereka memerlukan cuti materniti yang lama sekiranya mereka hamil
  • 22% mengalami diskriminasi kaum dan agama semasa proses pengambilan kerja
  • 20% wanita dengan kecacatan kekal diberitahu oleh penemuduga untuk mempertimbangkan kerja sebagai ‘freelancer’ kerana ketidakupayaan mereka menjadi isu pengambilan kerja

Sekiranya kita meluaskan perlindungan anti-diskriminasi kepada pencari kerja, kita akan membantu mewujudkan suasana tenaga kerja yang saksama dan sihat – dengan memastikan bahawa calon yang berkelayakan tidak dikecualikan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Kerajaan Malaysia ada menyatakan halangan undang-undang untuk memasukkan pencari kerja dalam Akta Pekerjaan. Namun, organisasi termasuk SUHAKAM, kesatuan pekerja, dan wakil Majlis Peguam, telah menyatakan bahawa tidak ada halangan undang-undang atau teknikal untuk memasukkan pencari kerja dalam Akta Pekerjaan. Mantan Presiden Majlis Peguam (Ragunath Kesavan) menyatakan “memasukkan perlindungan bagi pencari kerja terhadap diskriminasi dalam Akta Pekerjaan bukan sahaja perlu tetapi ianya harus digubal sebagai undang-undang”.

Terdapat banyak negara yang mempunyai undang-undang untuk melindungi pencari kerja dari diskriminasi. Antaranya adalah Jepun, Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan, yang mempunyai undang-undang pekerjaan yang melarang diskriminasi semasa proses pengambilan dan pekerjaan. 

Memasukkan status ketidakupayaan sebagai asas perlindungan adalah selaras dengan Akta Orang Kurang Upaya dan kewajipan di bawah Konvensyen PBB Mengenai Hak Orang Kurang Upaya.

Pada tahun 2008, Malaysia telah meluluskan Akta Orang Kurang Upaya. Walaupun begitu, orang kurang upaya (OKU) sering berdepan dengan diskriminasi. Menurut SUHAKAM, undang-undang tersebut kurang cara penyelesaian dan mekansime pemulihan atas tindakan diskriminasi terhadap golongan OKU. 

Melindungi golongan OKU dari diskriminasi dalam Akta Pekerjaan mampu membantu memperbaiki beberapa kekurangan yang ada dalam Akta Orang Kurang Upaya.

Pada tahun 2010 Malaysia telah menerima Konvensyen PBB mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). CRPD mewajibkan negara-negara untuk melarang diskriminasi berdasarkan ketidakupayaan dalam pekerjaan, termasuk semasa pengambilan dan pekerjaan.

Malaysia tidak banyak melaksanakan CRPD. Dengan melindungi diskriminasi berdasarkan status ketidakupayaan dalam Akta Pekerjaan, Malaysia dapat mengambil langkah penting terhadap kewajipan CRPD.

Sokongan signifikan masyarakat untuk melarang diskriminasi terhadap pencari kerja

Tinjauan terhadap 1,027 rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Vase.ai dengan kerjasama Undi18, Architects of Diversity dan WAO mendapati;

  • 91% bersetuju bahawa perlu ada lebih banyak dasar untuk mewujudkan persekitaran yang adil untuk wanita
  • 84% bersetuju bahawa perlu lebih banyak dasar harus dibuat agar wanita diberi peluang pekerjaan yang sama dengan lelaki
  • 74% bersetuju bahawa salah dari sudut undang-undang bagi majikan untuk tidak mengambil wanita bekerja kerana kehamilan
  • 78% rakyat Malaysia bersetuju bahawa majikan tidak boleh dibenarkan untuk meletakkan syarat kaum dalam permohonan pekerjaan, sementara 63% pula bersetuju bahawa majikan tidak boleh dibenarkan untuk menetapkan syarat bahasa dalam permohonan pekerjaan. 

Kumpulan yang menyokong di bawah ini sekali lagi ingin mengulangi sokongan kami untuk meminda Akta Pekerjaan untuk memasukkan perlindungan diskriminasi terhadap pencari kerja atas dasar gender, kaum, agama dan status ketidakupayaan bagi pekerja dan pencari kerja dan mendesak agar Kementerian Sumber Manusia untuk mengemukakan pindaan ini pada Sidang Parlimen pada November 2020.

Disokong oleh:

  • AMMPO-SENTRO
  • All Women’s Action Society (AWAM)
  • Association of Women Lawyers (AWL)
  • ENGENDER Consultancy
  • Foreign Spouses Support Group (FSSG)
  • Justice for Sisters
  • KRYSS Network
  • Labour Law Reform Coalition (LLRC)
  • Malaysian Association of Social Workers (MASW) 
  • North South Initiative (NSI)
  • Parti Sosialis Malaysia
  • Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  • Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  • People Like Us Support Ourselves (PLUsos) 
  • Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  • Sarawak Women for Women Society (SWWS)
  • SEED Malaysia
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Speak Up Malaysia
  • SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
  • Tenaganita
  • Women’s Aid Organisation
  • Women’s Centre for Change (WCC) Penang

 

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan wanita telah menyediakan rumah perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di talian 03 7956 3488 atau SMS/Whatsapp TINA di talian 018 988 8058 jika anda atau kenalan anda sedang mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, lawati https://wao.org.my

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Natasha Dandavati, Head of Campaigns

natasha@wao.org.my

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer

rusnitajari@wao.org.my / 60133802287

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top