Skip to content

Pindaan Akta Kerja: 12 cadangan penambahbaikan

Kami mengambil maklum pembentangan Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Kerja 1955 seperti yang diumumkan di Parlimen pada 25 October 2021.

Walaupun beberapa pembaharuan positif telah dimasukkan, namun RUU ini tidak merangkumi banyak perkara. Kami mengusulkan kegusaran dan cadangan seperti berikut.

Cuti Bersalin

  1. Cuti bersalin telah dilanjutkan daripada 60 kepada 90 hari. Ini sangat dialu-alukan, walaupun masih tidak memenuhi piawaian 98 hari oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)

  2. Seksyen 37aa sedang disemak. Pada masa ini, Seksyen 37aa membenarkan wanita yang tidak layak mendapat gaji cuti bersalin untuk kembali bekerja semasa tempoh bersalin (untuk mencari pendapatan), sekiranya dirasakan sesuai. Cadangan baru dalam Seksyen 37aa akan membenarkan mana-mana wanita (termasuk wanita yang layak mendapat gaji cuti bersalin) untuk kembali bekerja semasa tempoh cuti bersalin. Di atas kertas, ini memberi wanita pilihan, tetapi berkemungkinan ada ruang untuk salah guna kuasa – jika majikan memaksa wanita untuk kembali bekerja awal.

  3. Seksyen 44A – yang memanjangkan faedah bersalin kepada semua pekerja wanita tanpa mengira pendapatan – telah dimansuhkan. Penyataan penjelasan RUU mengatakan ini adalah kerana had gaji menyeluruh sedang di semak atau ditarik balik. Walau bagaimanapun, dalam Jadual Pertama – di mana maksud had gaji – tidak dipinda dalam RUU ini. Ini perlu diperjelaskan, atau ia bermakna faedah bersalin hanya terpakai kepada pekerja wanita yang berpendapatan RM2,000 atau kurang.

  4. RUU ini tidak memasukkan perlindungan terhadap diskriminasi bagi pencari kerja. Ini bermaksud, majikan boleh mendiskriminasi wanita hamil (atau berpotensi hamil) yang mencari pekerjaan.

Cuti Paterniti

  1. RUU ini memperkenalkan tiga hari cuti paterniti. Walaupun ini satu kemajuan, tiga hari masih tidak mencukupi. Kami menggesa agar kerajaan memperkenalkan sekurang-kurangnya tujuh hari cuti paterniti – sama seperti yang dinikmati pekerja sektor awam.

Anti-diskriminasi

  1. RUU ini telah memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Buruh untuk menyiasat pertikaian yang berlaku di antara majikan-pekerja mengenai diskriminasi. Walau bagaimanapun, terma diskriminasi tidak ditakrifkan. Diskriminasi perlu ditakrifkan untuk memasukkan diskriminasi langsung dan tidak langsung, dan alasan kepada diskriminasi (termasuk gender, agama, kaum, atau ketidakupayaan) perlu dinyatakan.

  2. Yang merisaukan adalah, RUU ini tidak melarang diskriminasi. Majikan boleh dihukum kerana gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah, selepas siasatan dijalankan. Namun majikan tidak akan dihukum kerana melakukan diskriminasi.

  3. Seperti yang dinyatakan dalam poin 4 di atas, pencari kerja tidak akan dilindungi dari diskriminasi. Ini bermakna majikan boleh mendiskriminasi semasa proses pengambilan – sama ada atas dasar kaun, agama, gender, ketidakupayaan, atau status yang lain.

Gangguan Seksual

  1. RUU ini memerlukan majikan menyiarkan notis bagi meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual. Tanpa sebaran piawaian dan akauntabiliti, perubahan ini hampir tidak bermakna. Majikan perlu diwajibkan untuk menerima pakai dasar gangguan seksual dengan piawaian minimum, dan memaparkan dasar tersebut dengan jelas.

  2. RUU ini meningkat denda kepada majikan yang tidak mematuhi peruntukan gangguan seksual seperti dalam Akta. Walau bagaimanapun, majikan hanya boleh didenda apabila tidak menyiasat atau menjawab kepada aduan gangguan seksual. Sebagai contoh. majikan boleh mengelak untuk dikenakan penalti, hanya dengan menjalankan siasatan yang tidak serius. Ketua Pengarah mesti diberikan kuasa untuk menyemak siasatan dan keputusan gangguan seksual yang dibuat oleh majikan.

Pekerja Domestik

  1. RUU ini menggantikan istilah “domestic servant” dengan “domestic employee”. Walau bagaimanapun, pekerja domestik masih tidak menikmati banyak hak seperti pekerja lain. RUU ini mesti meminda Jadual Pertama dalam Akta untuk melanjutkan hak-hak ini kepada pekerja domestik.

Sekatan ke atas kerja wanita

  1. RUU ini memansuhkan peruntukan yang menyekat wanita untuk bekerja pada waktu malam dan kerja ‘underground’. Walaupun ini positif, RUU juga perlu memasukkan piawaian atau langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan pekerja wanita.

Kami menggesa agar kerajaan dan Ahli-ahli Parlimen untuk menangani kebimbangan ini sebelum meluluskan Rang Undang-Undang ini sebagai undang-undang.

 

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Yu Ren Chung, Advocacy Director
renchung@wao.org.my / 016 718 3247

Rusni Tajari, Senior Advocacy Officer
rusnitajari@wao.org.my / 013 380 2287

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top