Skip to content

Polygamy for Non-Muslim Men

Kenyataan Akhbar – Poligami Untuk Lelaki Bukan Islam

WAO is appalled at the call by the People’s Progressive Party (PPP) Youth Chief T. Murugiah to introduce polygamy to non-Muslim men as it is chauvinistic, non-progressive and completely unrelated to the women’s life. As a political party it does not serve its women constituents.

Polygamy, a male privilege, is discriminatory in principle and this practice all over the world, including Malaysia, is choked with social problems. The problems include the abandonment of wives, children with no fathers and duplicity of men who marry secretly without the knowledge of the first wife. In fact our research has shown that polygamous marriage causes financial burden on men and has created situations of poverty for the women and children.

Marriage in itself is not a protective institution for women when it is rife with domestic violence and fear of abandonment by polygamous husbands. Women can take care of themselves and do not need the institution of marriage. What women need, as encouraged policy by the government, are educational and financial opportunities.

On the issue of polygamy as regulated privilege, it is grossly misunderstood that it is a conditional right that has been sorely abused. In fact polygamy pre-existed before the Prophet’s time and it was the Prophet who was progressive to regulate and provide conditions to polygamy so that it will not be sorely abused. In this day and age where women may not be destitute, we need to review the factors of polygamy; whether it is a necessary measure to protect and enhance women’s life.

Finally, WAO would like to call for the abolishment of the Internal Security Act (ISA) as detention without trial is a violation of fundamental human rights.

Ivy Josiah
Executive Director


KENYATAAN AKHBAR – 30 DECEMBER 2002

POLIGAMI UNTUK LELAKI BUKAN ISLAM

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) sungguh kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh People’s Progressive Part (PPP) Ketua Pemuda, T. Murugiah, untuk memperkenalkan poligami kepada lelaki bukan Islam, kerana ia bersifat amat prejudis terhadap wanita, tidak progressif, dan langsung tidak berfaedah kepada kehidupan seseorang wanita. Sebagai parti politik yang sepatutnya memperjuangkan hak rakyat Malaysia secara keseluruhannya, pengenalan polisi tersebut tidak mengenengahkan kepentingan kebajikan wanita.

Poligami merupakan kelebihan kepada kaum lelaki dimana secara prinsipnya terdapat unsur-unsur diskriminasi, dan fenomena ini yang berlaku diseluruh dunia, termasuk Malaysia, penuh dengan masalah sosial. Antara masalah yang terdapat dalam sistem berpoligami adalah seperti pengabaian isteri dan anak – anak, dan kesempatan yang di ambil oleh pihak suami untuk berkahwin lebih daripada satu tanpa pengetahuan isteri. Daripada kajian kita, didapati poligami telah menimbulkan pelbagai masalah seperti masalah kewangan dan ini yang kemudiannya akan menjurus kepada masalah kemiskinan di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sebenarnya perkahwinan itu sendiri bukanlah merupakan satu institusi perlindung kepada wanita kerana masalah keganasan rumah tangga dan juga kebimbangan pengabaian oleh suami yang berpoligami. Wanita boleh menjaga diri mereka sendiri dan tidak memerlukan institusi perkahwinan untuk meneruskan kehidupan. Apa yang diperlukan adalah peluang pendidikan dan kewangan seperti yang digalakkan oleh polisi kerajaan.

Mengenai isu poligami sebagai kelebihan atau keistimewaan bersyarat, ia telah disalahgunakan. Poligami telah wujud sebelum zaman Nabi Muhammad, dan telah dihadkan kepada hanya empat orang isteri kepadaPada zaman sekarang dimana wanita lebih mempunyai peluang berdikari dan bekerja, kita perlu meneliti faktor-faktor perlunya poligami, samaada ia adalah penting untuk melindungi dan meningka seorang suami, dan terdapat syarat – syarat yang telah dikenakan kepada poligami supaya ia tidak dipraktikkan sewenang-wenangnya. Pada zaman sekarang dimana wanita lebih mempunyai peluang berdikari dan bekerja, kita perlu meneliti faktor-faktor perlunya poligami, samaada ia adalah penting untuk melindungi dan meningkatkan taraf kehidupan wanita.

Ivy Josiah
Pengarah Eksekutif

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top