Skip to content

Kesalahan Menghendap Akan Melindungi Nyawa

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa agar kerajaan menunjukkan komitmen untuk menjadikan menghendap  sebagai satu jenayah. Kami meminta agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rihan Harun, Menteri Undang-Undang Dato’ Takiyuddin Hassan, dan Jabatan Perdana Menteri untuk memandang serius dengan kematian dan pengalaman traumatik  yang dialami oleh mangsa menghendap.

Pada 14 April 2020 yang lalu, seorang wanita telah mati ditikam oleh seorang yang dipercayai teman lelaki beliau. Mangsa juga pernah beberapa kali membuat laporan polis mengenai kejadian menghendap yang dialami, termasuklah kejadian pecah masuk rumah oleh pelaku sebulan sebelum pembunuhan berlaku.

Jelas sekali, hanya sedikit yang dilakukan untuk melindungi mangsa. Jika menghendap adalah jenayah, pelaku itu boleh ditangkap; dan polis boleh membantu mangsa untuk mendapatkan perintah perlindungan. Ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa mangsa. Malangnya, kerajaan masih menangguhkan undang-undang yang kritikal ini.

Ini bukan kejadian terpencil. Pada bulan September 2020, seorang wanita hamil di Perak telah dicabul oleh penghendapnya, yang telah menyewa rumah di kawasan yang sama. Pada 2018, Devi Surdarsani diekori oleh dua orang yang tidak dikenali selama 3 jam selepas membeli minum di KK Mart. Walaupun beliau telah memberitahu pihak polis, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pihak polis kerana tidak ada sentuhan fizikal yang berlaku. Pada 2017, seorang lelaki telah menembak bekas isterinya di tempat kerja, di siang hari dalam kejadian membunuh-bunuh diri. Mangsa telah menukar kerja untuk melindungi diri dari penghendap iaitu bekas suaminya.

Menghendap merupakan pelakuan yang berbahaya dan bersifat obses yang boleh menyebabkan kehidupan mangsa terganggu dan akan menyebabkan tekanan yang melampau kerana kurangnya keselamatan di ruang awam. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh WAO melibatkan 1,008 rakyat Malaysia, satu pertiga pernah dihendap dan menyebabkan ketakutan; 17% pernah dihendap dan mengakibatkan kecederaan dan 12% pernah dihendap dan diugut  serta mengakibat kecederaan. Lebih dari 70% kejadian ini melibatkan mangsa didekati sama ada di rumah, tempat kerja atau sekolah – yang kita anggap sebagai ruang selamat. Ini sangat berbahaya, invasif dan boleh mengakibatkan serangan seksual dan pembunuhan.

Tahun lalu,  Jawatankuasa Anti-Menghendap yang terdiri daripada Agnesi Kerajaan, WAO, dan Majlis Peguam telah menyiapkan kertas cadangan mengesyorkan agar menghendap dijadikan sebagai satu jenayah. Draf Kertas Kabinet juga telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Reformasi undang-undang juga mendapat sokongan semua pihak.

Banyak kerja telahpun dilakukan, dan semua pihak yang berkepentingan juga bersetuju. Mengapa kerajaan masih menangguhkan undang-undang yang boleh menyelamatkan nyawa ini?

Dengan peningkatan kes keganasan yang berkaitan menghendap, WAO menggesa agar kementerian mempercepatkan proses meminda Kanun Keseksaan dan memperkenalkan perintah larangan  menghendap dalam Kanun Jenayah Prosedur. Kami juga meminta agar menghendap dijenayahkan bagi melindungi nyawa dari jenayah yang tidak dilihat ini. Dengan demikian, kita mampu menjadikan Malaysia selamat untuk semua.

###

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan Wanita telah menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058 sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, layari wao.org.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Abinaya Mohan, Head of Campaign
abinaya@wao.org.my / 6016 6653237

Isabel Chung, Research and Advocacy Officer
isabelchung@wao.org.my / 6017 2987862

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Back To Top